Lapan langkah interim atasi kesesakan Pelabuhan Sepanggar

KOTA KINABALU – Kementerian Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan (MINDET) Sabah mengumumkan lapan langkah interim bagi menangani isu kesesakan di Pelabuhan Kontena Teluk Sepanggar hari ini.

Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, lapan langkah tersebut adalah hasil penelitian terperinci dan penglibatan pelbagai pihak yang telah dibentangkan serta dipersetujui dalam Mesyuarat Kabinet Negeri Sabah pada Rabu.

“Antara tindakan interim yang telah dipersetujui di Kabinet adalah pertamanya, mengenai kewujudan kontena yard tambahan sementara.

“Kedua, kita perlu kuatkuasakan kadar tarif yang baharu sebagai satu bentuk ‘deterrent charges’
kepada mereka yang memilih mengambil kesempatan di sebalik kadar tarif terdahulu yang terendah di Malaysia saya kira.

“Ketiga, penguatkuasaan peraturan terhadap kontena melebih tempoh simpanan. Keempat, pengurangan tempoh penyimpanan kontena secara percuma semasa musim puncak.  

“Kelima, penyediaan tapak parking trailer di KKIP. Keenam, Pelaksanaan ‘vehicle booking system’.

“Ketujuh, penyelarasan waktu operasi agensi-agensi kerajaan di Pelabuhan Sepanggar dan kelapan, menaik taraf penambahan peralatan pelabuhan kontena Sepanggar Bay ini oleh operator pelabuhan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika di Majlis Amanat dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Sanjungan Kasih MINDET di Marriott Hotel, di sini pada Khamis.

Ewon berkata, kemungkinan akan wujud maklum balas tidak puas hati, khususnya berkaitan kenaikan caj, namun menegaskan semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing dalam menyelesaikan isu tersebut.

Beliau turut memaklumkan satu sesi pertemuan akan diadakan bersama persatuan-persatuan berkaitan bagi mendapatkan maklum balas dan penjelasan lanjut mengenai pelaksanaan langkah interim tersebut.

Katanya, dalam tempoh kurang 100 hari menerajui MINDET, kini MINDET telah tampil dengan penyelesaian awal terhadap isu kesesakan pelabuhan yang sekian lama dibangkitkan.

“Ini baru bermula di Sepanggar Selepas ini mungkin di Pelabuhan Sandakan dan Pelabuhan Tawau,” ujarnya.

Related Posts

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

SANDAKAN – Kerjasama strategik termasuk persatuan masyarakat dan media dilihat mampu memperkukuh hubungan antara pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan masyarakat akar umbi di daerah ini. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah melalui Kementerian Pendidikan, Sains dan Teknologi Inovasi Sabah (KPSTI) terus mempergiat usaha menyelaras pendidikan tinggi negeri ini dengan keperluan industri semasa bagi menangani isu ketidakpadanan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James