KPDN rampas hampir 5 tan barang kawalan disyaki tanpa kebenaran sah

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Pasir Mas berjaya menyita lebih 4.5 tan barang kawalan dengan nilai rampasan sebanyak lebih RM53,000 termasuk kenderaan dalam operasi yang dijalankan petang Ahad.

Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail berkata, sepasukan pegawai penguat kuasa KPDN menyerbu sebuah premis perniagaan di Jalan Lebuhraya Pasir Mas-Rantau Panjang selepas menerima maklumat berhubung penyimpanan barang kawalan tanpa kebenaran yang sah.

Menurutnya, seorang lelaki yang mengaku sebagai pemilik premis berkenaan turut diperiksa, namun gagal mengemukakan sebarang dokumen sah berkaitan pemilikan barang kawalan tersebut.

“Dalam serbuan di lokasi sama, KPDN turut menahan sebuah lori jenis Fuso selepas mendapati beberapa individu sedang memunggah barang kawalan ke dalam premis yang tidak berdaftar.

“Hasil pemeriksaan ke atas lori terbabit turut menemukan lebih 1.8 tan mendapati gula pasir kasar seberat anggaran 1,704 kilogram yang sepatutnya dihantar berdasarkan penyata tempahan di Pasir Mas, telah dialihkan ke lokasi lain tanpa kebenaran,” katanya.

Azman berkata, lori bersama muatan gula tersebut telah disita kerana disyaki melanggar Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

KPDN turut menegaskan bahawa pihaknya akan terus mempergiatkan operasi bagi memastikan bekalan barang kawalan tidak disalahgunakan dan sampai kepada pengguna yang berhak.

Related Posts

Puting beliung rosakkan tiga rumah di Kampung Sim-Sim

SANDAKAN – Fenomena puting beliung menyebabkan kerosakan tiga buah rumah atas air di Kampung Sim-Sim, di sini, pada Isnin. Dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, rumah di Lot 87, Lot…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lebih 40 tahun menunggu, penduduk 6 kampung lega isu geran tanah bakal selesai

KOTA KINABALU – Selepas lebih 40 tahun menunggu, penduduk enam kampung di kawasan Pintasan Kota Marudu akhirnya menarik nafas lega apabila isu geran tanah yang sekian lama membelenggu hampir selesai.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Puting beliung rosakkan tiga rumah di Kampung Sim-Sim

  • By Fandi
  • March 17, 2025
Puting beliung rosakkan tiga rumah di Kampung Sim-Sim

Lebih 40 tahun menunggu, penduduk 6 kampung lega isu geran tanah bakal selesai

Lebih 40 tahun menunggu, penduduk 6 kampung lega isu geran tanah bakal selesai

Jangan kritik semberono, baca buku ‘Membangun Negara MADANI’ – PM

Jangan kritik semberono, baca buku ‘Membangun Negara MADANI’ – PM

Kiulu dipilih laksana projek perintis data pelancongan digital luar bandar

  • By Ynom
  • March 17, 2025
Kiulu dipilih laksana projek perintis data pelancongan digital luar bandar

Ismail Sabri sambung beri keterangan kali keempat

  • By Mai S
  • March 17, 2025
Ismail Sabri sambung beri keterangan kali keempat

Lapan petugas MAPIM terkorban di Gaza

  • By Mai S
  • March 17, 2025
Lapan petugas MAPIM terkorban di Gaza