Komitmen Hajiji tangani isu rakyat berkesan – Rina

TAWAU – Komitmen Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor dalam menangani isu rakyat negeri ini dilihat berkesan dan cekap.

Setiausaha Politik Menteri Kewangan Sabah, Datuk Rina Jainal berkata, aspirasi dibawa Hajiji lebih menyantuni keperluan rakyat secara terus kepada golongan sasar dengan penyaluran pelbagai bantuan mengikut kategori yang dikenal pasti.

“Saya sudah tentu memberi sokongan penuh kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan saya sendiri lihat konsisten beliau memastikan keperluan rakyat diberikan secara langsung.

“Ini juga dapat dilihat melalui bantuan khas RM1,000 pada penjawat awam Sabah untuk menyambut perayaan Aidilfitri dan telah diputuskan dari mesyuarat Kabinet baru-baru ini,” katanya kepada media dalam majlis berbuka puasa bersama pengamal media Tawau dan Rider Kukusan, di Tawau.

Ketika ditanya mengenai kesediaan untuk dicalonkan dalam pilihan raya Sabah akan datang, Rina yang juga ADUN Kukusan menyerahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan.

“Saya hanya berkhidmat di bawah, dan saya akan ikut apa sahaja keputusan pucuk pimpinan atasan.

“Apapun lambang parti komponen parti ketika ini tidak jadi isu penting kerana yang paling penting payung besar GRS inilah yang akan dkempenkan pada masyarakat,” ujarnya.

Pada majlis itu, seramai 42 ‘Rider’ Tawau dan Kukusan yang terdiri daripada Foodpanda, Grab, Misi dan lain-lain disantuni selain menggalakkan penyertan ‘Rider’ ke Kelab Komuniti Rina Jainal (KERJA).

Rina berkata, kelab yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) itu kini mencapai 60 cawangan dengan anggaran lebih 30 ahli setiap cawangan yang terlibat dalam aktiviti kesukarelawanan dan kebajikan komuniti.

Rina turut menghargai peranan media yang sentiasa memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat tepat dan telus kepada masyarakat dengan jelas dan berkesan.

Related Posts

Isu monyet liar: MBI ambil langkah pengawalan di Gunung Lang

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengambil langkah pengawalan susulan isu gangguan monyet liar atau dikenali sebagai monyet gunung di Taman Rekreasi Gunung Lang, di sini, yang tular dan dilaporkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dana Zakat i-Asnaf: Petronas bantu ringankan beban 500 keluarga di Miri

MIRI – Seramai 500 murid daripada golongan asnaf di daerah ini menerima khabar gembira apabila terpilih menerima sumbangan dana Zakat i-Asnaf daripada Petronas Carigali Sdn Bhd. Sumbangan menerusi Badan Asy…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu monyet liar: MBI ambil langkah pengawalan di Gunung Lang

Isu monyet liar: MBI ambil langkah pengawalan di Gunung Lang

Dana Zakat i-Asnaf: Petronas bantu ringankan beban 500 keluarga di Miri

Dana Zakat i-Asnaf: Petronas bantu ringankan beban 500 keluarga di Miri

Parit tanah, struktur haram punca banjir kilat di Piasau Utara

Parit tanah, struktur haram punca banjir kilat di Piasau Utara

ADUN Tebedu tinjau kerosakan bencana, mahu penyelesaian segera untuk rakyat Serian

ADUN Tebedu tinjau kerosakan bencana, mahu penyelesaian segera untuk rakyat Serian

Balingian terima suntikan RM94 juta, laksana lima projek impak tinggi

Balingian terima suntikan RM94 juta, laksana lima projek impak tinggi

Polis Saratok tidak berkompromi kelab haram, ancam keselamatan awam

Polis Saratok tidak berkompromi kelab haram, ancam keselamatan awam