Kibar Jalur Gemilang sebagai simbol kecintaaan kepada negara – Lukanisman

BEKENU – Rakyat Malaysia digesa meneruskan pengibaran Jalur Gemilang bukan sahaja menjelang 31 Ogos, malah sehingga sambutan Hari Malaysia pada 16 September sebagai tanda kesetiaan dan cinta kepada negara.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, kibaran Jalur Gemilang perlu dijadikan amalan berterusan kerana ia melambangkan penghargaan terhadap pengorbanan pejuang kemerdekaan serta semangat perpaduan yang menjadi asas kejayaan negara.

“Tidak salah untuk kita mengibarkan Jalur Gemilang pada bila-bila masa, khususnya ketika musim keramaian. Malah, di Sarawak kita bermula sejak 22 Julai dengan pengibaran bendera negeri sebelum diteruskan dengan Jalur Gemilang sehingga 16 September. Ini mencerminkan semangat kenegaraan yang teguh,” katanya ketika merasmikan Program JIWA @ Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025 anjuran Komuniti MADANI Warisan Kedayan Tiris di Kampung Kepayang Tiris pada Sabtu.

Menurut beliau, kempen ‘1 Rumah 1 Jalur Gemilang’ yang digerakkan Jabatan Penerangan Malaysia wajar disambut baik kerana ia bukan sahaja memeriahkan suasana sambutan, malah mengukuhkan perpaduan rakyat.

“Program komuniti ini bukan sekadar menggalakkan pengibaran bendera, tetapi turut diisi dengan pelbagai aktiviti yang menyemai semangat kebersamaan dan cintakan tanah air. Inilah semangat Malaysia MADANI yang ingin kita pupuk dalam kalangan rakyat,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan rakyat perlu terus menghargai keamanan dan keharmonian yang dikecapi hasil perjuangan generasi terdahulu.

Pesanan Bapa Perpaduan Negara, Allahyarham Tun Hussein Onn, katanya, semangat perpaduan harus dijadikan pedoman kerana tanpa perpaduan, kemerdekaan tidak mungkin dapat dicapai.

Majlis berkenaan berjaya menghimpunkan masyarakat setempat dalam suasana penuh kemesraan dan patriotisme, sekali gus menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini.

Related Posts

Kuasa pengampunan bukan ‘hadiah politik’ – Sultan Pahang

KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menegaskan kuasa pengampunan yang diperuntukkan mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan bukanlah ‘hadiah politik’ dan suatu bentuk ‘simpati peribadi’. Sebaliknya, titah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MUIP bantu bekal beg stoma untuk Adam

KUANTAN – Nasib Mohd Adam Mat Noh, 7, yang terpaksa memakai beg plastik bagi menggantikan beg stoma akibat kesulitan kewangan mendapat perhatian Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kuasa pengampunan bukan ‘hadiah politik’ – Sultan Pahang

Kuasa pengampunan bukan ‘hadiah politik’ – Sultan Pahang

MUIP bantu bekal beg stoma untuk Adam

MUIP bantu bekal beg stoma untuk Adam

Nisfu Syaaban medan muhasabah, persiapan menuju Ramadan — PM Anwar

Nisfu Syaaban medan muhasabah, persiapan menuju Ramadan — PM Anwar

Penduduk berkumpul di Lintasan Rafah selepas ia kembali dibuka

Penduduk berkumpul di Lintasan Rafah selepas ia kembali dibuka

Mustapha terima kunjungan hormat Sepanggar United FC, komited perkasa pembangunan sukan

Mustapha terima kunjungan hormat Sepanggar United FC, komited perkasa pembangunan sukan

Kerajaan negeri jamin sokongan penuh kepada DBKK

  • By Ithma
  • February 2, 2026
Kerajaan negeri jamin sokongan penuh kepada DBKK