Kerajaan sedia peruntukan RM24 juta untuk banjir Sabah, Sarawak

KERAJAAN menyediakan peruntukan RM25 juta bagi mempercepat pembaikan infrastruktur yang terjejas akibat banjir di Sabah dan Sarawak.

Mengumumkan perkara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan itu diluluskan atas dasar tanggungjawab terhadap rakyat terjejas dengan bencana alam itu.

“Kita mempersiapkan (peruntukan) RM25 juta untuk segera memperbaiki kerosakan besar (akibat bencana banjir di Sabah dan Sarawak), kita luluskan.

“Ini pandangan (inisiatif) yang tidak ikut negeri, tidak ikut musim. Tapi ikut tanggungjawab dan sebab itu kita lakukan,” katanya ketika berucap pada majlis di Ipoh, Perak, hari ini.

Hadir sama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

“Kalau banjir di Perak kita bagi satu keluarga RM1,000. Di Sabah, Sarawak pun saya ada minta NADMA (Agensi Pengurusan Bencana Negara) segera luluskan dalam kadar segera RM1,000 bagi setiap keluarga mangsa banjir, kebakaran (dan) tanah runtuh,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri mengarahkan NADMA memperkemas penyelarasan seluruh kekuatan jentera agensi Persekutuan dan negeri, susulan banjir yang melanda Sabah dan Sarawak.

Menerusi hantaran di Facebook itu, Anwar berkata, keutamaan ketika ini ialah kebajikan mangsa banjir serta keselamatan penduduk di kawasan terkesan.

Related Posts

Permohonan Perantis 2.0 dibuka 17 Februari, lahirkan kepemimpinan wanita – Nancy Shukri

KUCHING – Program Kepimpinan Perantisan Wanita (Perantis) 2.0 mampu melahirkan bakat dan kepemimpinan kaum wanita. Menteri Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, Perantis 2.0 bukan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perkasakan industri penjagaan untuk galakkan wanita kembali bekerja – Nancy Shukri

KUCHING – Industri penjagaan perlu diperkasakan untuk menggalakkan kaum wanita kembali kepada sektor pekerjaan. Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, urusan penjagaan keluarga terutama orang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anggota bomba bantuan, pemilik rumah cedera dalam kebakaran

Anggota bomba bantuan, pemilik rumah cedera dalam kebakaran

Lebih $53 bilion diperlukan untuk pembinaan semula Gaza – PBB

  • By Mai S
  • February 12, 2025
Lebih $53 bilion diperlukan untuk pembinaan semula Gaza – PBB

Perlis boleh jadi contoh semangat Malaysia Madani

Perlis boleh jadi contoh semangat Malaysia Madani

Hamas tempelak kegagalan Israel patuhi perjanjian gencatan senjata

  • By Mai S
  • February 12, 2025
Hamas tempelak kegagalan Israel patuhi perjanjian gencatan senjata

KPM segera perkasa penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di sekolah – PMX

KPM segera perkasa penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di sekolah – PMX

Lima pelanggaran utama Israel sepanjang gencatan senjata

  • By Mai S
  • February 12, 2025
Lima pelanggaran utama Israel sepanjang gencatan senjata