Kenyataan Alexander Nanta luahan kekecewaan rakyat Sarawak – Abdul Karim

KUCHING – Kenyataan Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi yang meluahkan rasa kecewa terhadap pertikaian politik tanpa henti di Semenanjung disifatkan sebagai manifestasi perasaan sebenar rakyat Sarawak.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, beliau bersetuju dengan pandangan Alexander bahawa kemelut yang berlaku menimbulkan kebingungan dalam kalangan rakyat di Borneo, baik di Sabah mahupun Sarawak.

Menurutnya, sebagai cucu kepada salah seorang penandatangan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), luahan Alexander itu wajar dipandang serius oleh pemimpin di peringkat Persekutuan.

“Saya akur dan setuju. Itulah perasaan ramai orang Sarawak apabila melihat keadaan di Semenanjung. Kita mahu melihat sebuah Malaysia yang aman dan progresif, tetapi setiap hari kita didengarkan dengan pelbagai masalah,” katanya dalam satu sidang media pada Jumaat. 

Abdul Karim juga merangkap Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak menggesa agar pemimpin di Semenanjung dapat mengawal emosi dan mentadbir keadaan dengan lebih baik supaya negara tidak kelihatan berpecah-belah.

Mengulas lanjut, beliau percaya kekecewaan itu turut dipicu oleh perkembangan mutakhir di Parlimen serta tindakan Petronas memfailkan permohonan di Mahkamah Persekutuan berhubung isu hak penguasaan minyak dan gas.

Tegasnya, tindakan undang-undang secara tiba-tiba itu menimbulkan rasa kurang senang dan ketidakpercayaan, memandangkan rundingan antara kerajaan negeri dan Persekutuan sepatutnya diselesaikan melalui perbincangan antara Perdana Menteri dengan Premier Sarawak.

“Apabila seorang Menteri (Alexander) meluahkan kemungkinan ‘Sarawak sudah takdirnya tidak dalam Malaysia’, walaupun kita tahu beliau tiada niat untuk keluar, tetapi itu menunjukkan betapa tingginya tahap kekecewaan pemimpin,” jelasnya.

Beliau menambah, masalah antara kerajaan negeri dengan Persekutuan sewajarnya diselesaikan secara harmoni tanpa melibatkan campur tangan mahkamah yang boleh mengeruhkan hubungan.

Related Posts

PAT Perlis buka tirai kalendar pelancongan budaya TMM 2026

KANGAR – Pesta Angin Timur (PAT) Perlis 2026 menjadi acara pelancongan kebudayaan pertama yang membuka tirai takwim Tahun Melawat Malaysia 2026, apabila dijadual berlangsung dari 6 hingga 8 Februari depan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasangan warga emas didakwa miliki senjata api dan dadah

KLUANG – Sepasang suami isteri warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memiliki senjata api dan peluru tanpa kebenaran sah serta dadah. Koh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar luang masa tinjau persiapan Thaipusam

Anwar luang masa tinjau persiapan Thaipusam

PAT Perlis buka tirai kalendar pelancongan budaya TMM 2026

PAT Perlis buka tirai kalendar pelancongan budaya TMM 2026

Di mana kedudukan Mursyidul Am dan Majlis Syura Pas?

Di mana kedudukan Mursyidul Am dan Majlis Syura Pas?

Pasangan warga emas didakwa miliki senjata api dan dadah

Pasangan warga emas didakwa miliki senjata api dan dadah

1,030 murid Betong terima bantuan persekolahan

1,030 murid Betong terima bantuan persekolahan

Integrasi STILE perkukuh pengurusan trafik Sri Aman

Integrasi STILE perkukuh pengurusan trafik Sri Aman