Kekal bebas, terus bawa suara rakyat ke DUN – Roger

KOTA KINABALU – Pelantikan sebagai ADUN dilantik bukanlah bersifat politik, sebaliknya berdasarkan kepakaran profesional yang dibawa untuk memperkukuh suara rakyat di Dewan Undangan Negeri.

Demikian kata ADUN dilantik, Datuk Roger Chin Ken Fong yang memberi jaminan bahawa kebergantungan dan kebebasannya kekal utuh selain menggunakan platform itu untuk terus bersuara.

“Saya tahu ramai yang bimbang adakah saya masih mampu bersuara? Adakah saya akan terikat?

“Izinkan saya jelaskan sejelas-jelasnya kerana saya bukan ahli mana-mana parti politik.

“Saya dibawa masuk sebagai seorang profesional, bukan sebagai individu yang mempunyai kepentingan politik.

“Peranan ADUN lantikan wujud khusus untuk membawa suara profesional ke dalam Dewan Undangan Negeri, suara yang mewakili komuniti dan isu yang sering terpinggir atau kurang diberi perhatian,” katanya dalam satu perkongsian di Facebook, pada Rabu.

Mengulas berkenaan penerimaan lantikan itu walau masa yang singkat, Roger menjelaskan bahawa sebaik sahaja memahami dengan jelas tanggungjawab sebenar yang diperlukan daripadanya, keputusan untuk menerima pelantikan itu menjadi lebih jelas dan tepat.

“Selama bertahun-tahun, saya memperjuangkan MA63, menulis rencana, membangkitkan isu dan mendesak perubahan dari luar.

“Tetapi akhirnya saya sedar, jika saya benar-benar mahu membantu menyempurnakan perjuangan yang telah kita mulai, saya perlu berada di platform tempat undang-undang digubal iaitu bukan sekadar mengkritik dari luar, tetapi berunding secara langsung di tempat keputusan dibentuk,” ujarnya.

Sehubungan itu, Roger menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang tsrus percaya dan menyokongnya serta menyatakan komitmen untuk terus berpegang pada pendiriannya.

“Jadi kepada semua yang risau, saya akan terus bersuara dan saya akan terus berpegang pada pendirian saya.

“Kebebasan bukan sekadar syarat bagi saya tetapi ia adalah sebab utama saya menerima amanah ini.

“Saya melangkah masuk dengan rasa tanggungjawab, bukan mengejar kedudukan kerana laluan di hadapan mungkin tidak mudah, tetapi mengetahui bahawa anda semua memerhati, menyokong dan memastikan saya kekal bertanggungjawab memberi saya kekuatan,” jelasnya.

Pada Selasa, Roger yang juga bekas Presiden Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS) antara enam individu dilantik sebagai ADUN lantikan.

Lima lagi individu berkenaan ialah Setiausaha Agung Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS), Razali Razi; Ketua PGRS Moyog, Ceasar Mandela Malakun, bekas setiausaha politik ketua menteri, Abdul Kassim Razali; Setiausaha Parti Liberal Demokratik, Chin Shu Ying dan Ketua PKR Kota Kinabalu, Grace Lee.

Related Posts

Pas lebih galak sentuh isu Albert, senyap bab video Azmin

PEMERHATI politik, Raggie Jessy Rithaudeen, mempersoalkan tindakan Pas yang didakwanya lantang mengulas video membabitkan ahli perniagaan, Albert Tei, namun memilih untuk berdiam diri berhubung isu video lama yang pernah dikaitkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga menteri sambung perkhidmatan sebagai Ahli Dewan Negara

TIGA menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara bagi penggal kedua, sekali gus menyambung perkhidmatan mereka dalam pentadbiran kerajaan. Mereka ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pas lebih galak sentuh isu Albert, senyap bab video Azmin

Pas lebih galak sentuh isu Albert, senyap bab video Azmin

Tiga menteri sambung perkhidmatan sebagai Ahli Dewan Negara

Tiga menteri sambung perkhidmatan sebagai Ahli Dewan Negara

Pelantikan ini adalah amanah untuk saya terus perjuangkan suara rakyat Darau – Razali

Pelantikan ini adalah amanah untuk saya terus perjuangkan suara rakyat Darau – Razali

Kekal bebas, terus bawa suara rakyat ke DUN – Roger

  • By Fatin
  • December 3, 2025
Kekal bebas, terus bawa suara rakyat ke DUN – Roger

Wartawan Perancis fail aduan isu sekatan kebebasan media di Palestin

  • By Siti
  • December 3, 2025
Wartawan Perancis fail aduan isu sekatan kebebasan media di Palestin

Gol Romero bantu Spurs ikat Newcastle

Gol Romero bantu Spurs ikat Newcastle