KDNK bertumbuh, bukti reformasi ekonomi mula membuahkan hasil

PUTRAJAYA – Pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) 2024 yang melepasi unjuran awal kerajaan serta jangkaan penganalisis bebas, membuktikan bahawa reformasi ekonomi sudah mula membuahkan hasil awal.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, Perdana Menteri melihat pertumbuhan itu didorong oleh pelaburan domestik yang tertinggi dalam tempoh sedekad mencerminkan keyakinan pelabur terhadap halatuju dasar negara.

“Pada tahun 2024 Pertubuhan KDNK mencecah 5.1 peratus meningkat daripada 3.6 peratus pada tahun sebelumnya. Ini melepasi unjuran awal kerajaan serta jangkaan penganalisis bebas, satu bukti bahawa reformasi ekonomi sudah mula membuahkan hasil awal.

“Nilai pasaran modal juga mencatat rekod baru mencecah RM4.2 trilion dengan kadar pertumbuhan hampir 11 peratus berbanding tahun sebelumnya dan ia bukan sekadar angka tetapi petanda positif bahawa asas ekonomi kita semakin mengukuh,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang disiarkan secara langsung di laman Facebook Anwar Ibrahim dan PMO.

Menurutnya, bagaimanapun, Perdana Menteri turut akur bahawa cabaran struktur itu masih wujud, justeru produktiviti negara perlu dipertingkat, daya saing diperkukuh dan ketahanan ekonomi dibina semula berlandaskan prinsip manusiawi dan tata kelola yang baik.

“Kita tidak boleh berkompromi dengan ketirisan dan rasuah yang merugikan negara dan membantut pembangunan.

“Kerangka Ekonomi MADANI yang dilancarkan pada 27 Julai 2023 bukan sekadar pelan dasar tetapi satu usaha bersama untuk membina ekonomi yang lebih adil, lestari dan menyeluruh agar pertumbuhan yang dicapai dapat dikecapi oleh semua bukan hanya golongan atasan ataupun golongan nilai,” katanya.

Related Posts

PM arah KPDN, KPKM gandakan pemantauan skim harga maksimum

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bekerjasama dengan menggandakan pemantauan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kuil di Jalan Masjid India setuju untuk berpindah

PIHAK Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman di Jalan Masjid India telah bersetuju untuk berpindah ke tapak berdekatan, kata setiausaha kuil Kartik Gunaseelan. Kaarthik berkata keputusan itu dicapai selepas perbincangan dengan Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek naik taraf jalan Kampung Rambai mudahkan laluan lebih selamat, efisien – Rosey

Projek naik taraf jalan Kampung Rambai mudahkan laluan lebih selamat, efisien – Rosey

Operasi Semut 1945, simbol penentangan penjajahan Jepun di Bario

Operasi Semut 1945, simbol penentangan penjajahan Jepun di Bario

Air mata Ramadan berakhir, pemain dan pegawai KDA FC dapat ‘duit raya’ RM200,000

Air mata Ramadan berakhir, pemain dan pegawai KDA FC dapat ‘duit raya’ RM200,000

Polis tahan empat suspek curi sawit di sekitar Bera

Polis tahan empat suspek curi sawit di sekitar Bera

Hakisan pantai Pahang membimbangkan

Hakisan pantai Pahang membimbangkan

KDNK bertumbuh, bukti reformasi ekonomi mula membuahkan hasil

  • By Mai S
  • March 25, 2025
KDNK bertumbuh, bukti reformasi ekonomi mula membuahkan hasil