Jemaah umrah dakwa dengar bunyi letupan di Kota Madinah

MADINAH – Media sosial digemparkan dengan video tular memaparkan dakwaan beberapa jemaah umrah terdengar bunyi letupan di Kota Madinah awal pagi Khamis waktu tempatan.

Video yang banyak dikongsi di TikTok menunjukkan jemaah pulang dari Masjid Nabawi selepas solat Subuh sebelum terdengar dentuman serta melihat cahaya di langit yang disangka sebagai ‘peluru berpandu’.

Ada juga pengguna media sosial mengaitkan insiden itu dengan serangan ke Doha baru-baru ini.

Namun sehingga kini, tiada laporan rasmi atau pengesahan daripada pihak berkuasa Arab Saudi berhubung serangan peluru berpandu atau kejadian letupan di kawasan berkenaan.

Keadaan keselamatan di Madinah dilaporkan kekal kondusif dan terkawal.

Aktiviti ibadah di Masjid Nabawi berjalan seperti biasa dengan kawalan keselamatan yang ketat.

Penerbangan ke Arab Saudi juga beroperasi mengikut jadual, dengan jemaah umrah dari pelbagai negara tiba dan menunaikan ibadah tanpa sebarang gangguan.

Tribunnews melaporkan, Konsulat Jeneral Indonesia di Jeddah masih menunggu maklumat rasmi daripada pihak berkuasa tempatan berhubung dakwaan tersebut.

Related Posts

AS-China mulakan siri baharu rundingan tarif

ANKARA – Amerika Syarikat (AS) dan China memulakan pusingan baharu rundingan perdagangan di Madrid pada Ahad, di tengah-tengah desakan Washington supaya sekutu Eropahnya mengenakan tarif terhadap Beijing berhubung pembelian minyak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gempa bumi 7.4 skala Richter landa timur Rusia

ISTANBUL – Gempa bumi berukuran 7.4 pada skala Richter melanda wilayah timur jauh Rusia pada 6.37 pagi waktu tempatan Sabtu (0237GMT), lapor Anadolu Ajansi memetik Kajian Geologi Amerika Syarikat. Pusat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saarani tinjau mangsa banjir di Muallim

Saarani tinjau mangsa banjir di Muallim

Menjawab kritikan Zaid Ibrahim, Malaysia konsisten perjuang hak rakyat Palestin

Menjawab kritikan Zaid Ibrahim, Malaysia konsisten perjuang hak rakyat Palestin

TYT Sabah, isteri zahir takziah kepada keluarga mangsa korban banjir, tanah runtuh

TYT Sabah, isteri zahir takziah kepada keluarga mangsa korban banjir, tanah runtuh

Hajiji ingatkan wakil rakyat, JPBD pantau rapat situasi banjir dan tanah runtuh

Hajiji ingatkan wakil rakyat, JPBD pantau rapat situasi banjir dan tanah runtuh

Banjir, tanah runtuh di Sabah: 1,707 penduduk terjejas, 16 PPS dibuka

Banjir, tanah runtuh di Sabah: 1,707 penduduk terjejas, 16 PPS dibuka

Usaha pulih tiang menara di Sarapung diteruskan walaupun hujan lebat

Usaha pulih tiang menara di Sarapung diteruskan walaupun hujan lebat