Jalur Gemilang diganti bendera Thailand: Pas cuai menghormati simbol negara

SAMBUTAN Hari Kebangsaan 31 Ogos dan Hari Malaysia 16 September seharusnya menjadi saat paling bermakna untuk kita sebagai rakyat Malaysia.

Inilah waktunya Jalur Gemilang dikibarkan megah, menjadi lambang perpaduan, maruah, dan kedaulatan negara.

Namun, apa yang berlaku di Terengganu sekali lagi memperlihatkan betapa Pas gagal memahami makna sebenar patriotisme.

Sebuah papan iklan ucapan oleh ADUN Air Putih, Mohd Hafiz Adam, yang kononnya meraikan sambutan ini, nyata memalukan.

Mengapa? Kerana imej bendera yang digunakan pada papan iklan tersebut bukan Jalur Gemilang, sebaliknya lebih menyerupai bendera negara Thailand.

Satu kecuaian yang amat memalukan, lebih-lebih lagi ia datang daripada seorang wakil rakyat yang seharusnya menjadi contoh kepada masyarakat.

Apakah mesej yang cuba disampaikan? Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia bukan tentang seorang individu, bukan juga tentang mengangkat imej pemimpin politik, apatah lagi menonjolkan bendera asing. Ia sepatutnya tentang rakyat Malaysia, Jalur Gemilang, dan semangat bersatu padu membina negara.

Kesalahan seperti ini menunjukkan bahawa Pas hanya menjadikan sambutan nasional sebagai platform politik untuk mempromosi diri, bukan untuk memupuk semangat kebangsaan.

Malah, ia membuka ruang kepada persoalan: jika bendera negara sendiri pun tidak dihormati dengan betul, bagaimana Pas mahu menjaga maruah Malaysia di peringkat antarabangsa?

Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim jelas berbeza. Setiap sambutan rasmi diangkat dengan penuh teliti bendera dikibarkan di seluruh negara, tema perpaduan ditonjolkan, dan rakyat dari pelbagai latar belakang diraikan bersama.

Inilah erti sebenar Malaysia MADANI meletakkan rakyat, maruah negara, dan Jalur Gemilang di tempat paling tinggi.

Sementara itu, Pas terus terbukti cuai. Menaikkan bendera Thailand di papan iklan Hari Kebangsaan Malaysia hanyalah simbol kegagalan mereka dalam memahami erti kemerdekaan.

Rakyat wajar menilai: adakah parti yang tidak mampu mengangkat Jalur Gemilang dengan betul, layak diberi mandat untuk memimpin Malaysia?

Hari Kebangsaan bukan milik parti, bukan milik pemimpin tertentu ia milik rakyat Malaysia seluruhnya. Jalur Gemilang adalah simbol kita bersama.

Pas boleh cuba menonjolkan wajah pemimpin mereka, tetapi sejarah akan merekodkan: ketika Malaysia meraikan ulang tahun kemerdekaan, Pas pula mengibarkan bendera Thailand.

“Berat nanang ADUN Air Putih ning, dera Malaysia dengan dera Thailand tokleh beza, taraf wakil rakyat doh tu.”

Related Posts

Menjawab kritikan Zaid Ibrahim, Malaysia konsisten perjuang hak rakyat Palestin

DATUK Zaid Ibrahim sekali lagi memilih untuk menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kali ini dengan menafikan kepentingan lawatan ke Doha. Tulisannya cuba melakar gambaran kononnya Malaysia hanya mengulangi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PRN17 Sabah: Pertarungan sengit dan senario pasca pilihan raya

Oleh: Swady Guliling, Putatan Sabah POLITIK Sabah sentiasa penuh kejutan, dan Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) dijangka tidak terkecuali. Sejarah ‘lompat parti’ dan kejatuhan kerajaan sekelip mata menjadikan Sabah medan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saarani tinjau mangsa banjir di Muallim

Saarani tinjau mangsa banjir di Muallim

Menjawab kritikan Zaid Ibrahim, Malaysia konsisten perjuang hak rakyat Palestin

Menjawab kritikan Zaid Ibrahim, Malaysia konsisten perjuang hak rakyat Palestin

TYT Sabah, isteri zahir takziah kepada keluarga mangsa korban banjir, tanah runtuh

TYT Sabah, isteri zahir takziah kepada keluarga mangsa korban banjir, tanah runtuh

Hajiji ingatkan wakil rakyat, JPBD pantau rapat situasi banjir dan tanah runtuh

Hajiji ingatkan wakil rakyat, JPBD pantau rapat situasi banjir dan tanah runtuh

Banjir, tanah runtuh di Sabah: 1,707 penduduk terjejas, 16 PPS dibuka

Banjir, tanah runtuh di Sabah: 1,707 penduduk terjejas, 16 PPS dibuka

Usaha pulih tiang menara di Sarapung diteruskan walaupun hujan lebat

Usaha pulih tiang menara di Sarapung diteruskan walaupun hujan lebat