Jadikan Kiosk Sentuhan Madani CSR kepada sektor korporat

PUTRAJAYA – Urusan perkhidmatan kerajaan kini menjadi lebih mudah dengan pelancaran Kiosk Sentuhan Madani bagi menyantuni keperluan digitalisasi kepada rakyat.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, inisiatif yang menghimpunkan pelbagai perkhidmatan kerajaan menerusi kiosk digital agensi barisan hadapan di kawasan tumpuan ramai seperti di pusat beli-belah dengan jangka masa operasi yang lebih panjang.

“Ini inisatif cukup baik yang kita boleh kios berasaskan konsep digital dan ini yang utama dan kami dimaklumkan set kedua akan dipasang di KL sentral manakala akan set lain akan diuruskan kemudian.

“Pelbagai perkhidmatan telah dirangkumkan untuk diletakkan di satu tempat. Daripada Perbadanan Nasional Berhad (PNB), Pos Malaysia, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan My Digital ID,” ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Pelancaran Kiosk Sentuhan Madani di Alamanda, hari ini.

Majlis itu dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Bagi fasa pertama, inisiatif Kiosk Sentuhan Madani yang dibangunkan dan dikendalikan oleh Unit Pantau Madani dengan pembabitan pelbagai kementerian, agensi dan pihak swasta akan beroperasi di Alamanda, Putrajaya bermula hari ini.

Dalam pada itu, Fahmi berkata, kerajaan menyeru agar lebih banyak syarikat swasta dan korporat menyertai insiatif membangunkan Kiosk Sentuhan Madani di premis masing-masing.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, program perkhidmatan yang dibawa ke komuniti akan memudahkan dan memberi manfaat kepada lebih ramai orang.

“Kita harap akan ada lebih banyak sektor korporat yang akan tampil membantu secara program tanggungjawab sosial korporat (CSR) menyediakan perkhidmatan seperti ini di tempat masing masing. Saya difahamkan kosnya tidak terlalu tinggi.

“Kerjasama dengan beberapa pihak kita kenal pasti lokasi seperti pusat membeli belah dan tempat orang ramai memang sesuai. Kita anggaplah seperti menyediakan pelbagai kemudahan kerjaan, selaras dengan prinsip madani,” katanya.

Sementara itu, Shamsul Azri menerusi kenyataan berkata, Kiosk Sentuhan Madani menggunakan pendekatan ‘whole-of-nation’ dan direalisasikan sepenuhnya melalui sinergi daripada jabatan dan agensi.

“Ia secara tidak langsung mencerminkan komitmen tinggi sektor awam dan korporat dalam memastikan kejayaan inisiatif ini,” katanya.

Related Posts

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

CADANGAN pembangunan projek Regasification Terminal (RGT) di Kemaman yang dijangka siap menjelang 2029 dilihat sebagai satu langkah strategik untuk mengangkat Terengganu sebagai hab LNG di Pantai Timur. Dalam naratif pembangunan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

KOTA KINABALU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan empat Rang Undang-Undang (RUU) pada mesyuarat pertama penggal kedua DUN Sabah yang ke-17, di sini pada Khamis.  Antara RUU baharu yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

SICC transformasi jadi platform strategik jaringan perniagaan serantau

SICC transformasi jadi platform strategik jaringan perniagaan serantau

Hari Sukan SK FELDA Jengka 24 platform jalin hubungan antara komuniti

Hari Sukan SK FELDA Jengka 24 platform jalin hubungan antara komuniti

133 jemaah haji Sarawak berangkat ke Tanah Suci diiringi doa TYT Sarawak

133 jemaah haji Sarawak berangkat ke Tanah Suci diiringi doa TYT Sarawak