Hutang negara terkawal, angka jangan disalah tafsir – PM Anwar

HUTANG negara berada dalam kawalan dan menekankan bahawa rakyat tidak seharusnya keliru atau salah tafsir dengan angka yang dibentangkan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, penjelasan mengenai maksud hutang statutori penting bagi memahami konteks sebenar kewangan negara, terutamanya apabila ada pihak sengaja memutar belit statistik.

Beliau berkata, angka hutang negara perlu dijelaskan dengan tepat supaya rakyat memahami situasi sebenar kewangan negara.

“Angka ini sebenarnya diputarkan (diputar belit)… statistik sepatutnya tidak menipu. Tetapi ada keadaan di mana statistik boleh dimanipulasi untuk diperdaya.

“Jadi oleh itu saya nak tegaskan di sini, apa maksud hutang statutori ? Itu ada dalam undang-undang kita. Hutang statutori (adalah) jumlah keseluruhan pinjaman kita yang tidak melibatkan hutang luar negara yang (jumlahnya) kecil dan juga treasury bills (instrumen hutang jangka pendek).

“Ada angka penurunan kerana yang penting apa? Kita boleh turunkan segera tetapi bebannya kepada rakyat. Itu satu keputusan yang harus kita ambil.

“Sebab itu, daripada RM100 bilion hutang baharu, kita turunkan kepada RM70 bilion. Kita boleh (saja) turunkan kepada RM20 bilion tahun depan, tetapi kerajaan negeri janganlah minta peruntukan,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Syahredzan Johan (PH–Bangi) yang memohon penjelasan berhubung pihak tertentu yang mengaku pakar ekonomi dan kewangan menggunakan fakta separa benar mengenai paras hutang negara melepasi had hutang statutori.

Mengulas lanjut, Anwar berkata kejayaan menurunkan kadar hutang adalah bukti keupayaan kerajaan menguruskan kewangan negara.

Justeru, beliau berkata kerajaan boleh menyalurkan peruntukan untuk melaksanakan projek asas untuk manfaat rakyat, termasuk projek tebatan banjir, prasarana asas, pendidikan dan kesihatan.

“Jadi saya tidak fikir hal ini harus mengelirukan kerana bila ada unjuran defisit kita kurang. Ini bermakna tanggungan hutan itu juga akan berkurangan.

“Umpamanya kalau jumlah tuntutan hutang sekarang itu juga berkurangan kerana kita membayar ikut obligasi pada masa ditetapkan. Unjuran kita pada 2027 dan 2028, ia boleh plateau (mendatar).

“Kalau keadaan ini dapat diteruskan, konsisten oleh kerajaan, maka tekanan hutang kita akan menurun mulai akhir 2028 dan 2029. Itu unjuran kita. Sebab itu, langkah-langkah penurunan defisit itu mesti disegerakan,” katanya.

Related Posts

Tidak beretika Exco Terengganu, Kelantan beri surat minta kelulusan projek – PM

DATUK Seri Anwar Ibrahim mendedahkan di Dewan Rakyat hari ini bahawa beliau menerima surat daripada ahli Exco Terengganu dan Kelantan yang meminta kelulusan projek tertentu daripadanya. Perdana Menteri berkata, permohonan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM sifatkan kritikan pembangkang terhadap siasatan SPRM tidak berasas

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kritikan pembangkang terhadap proses siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin adalah tidak berasas, kerana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tidak beretika Exco Terengganu, Kelantan beri surat minta kelulusan projek – PM

Tidak beretika Exco Terengganu, Kelantan beri surat minta kelulusan projek – PM

Hutang negara terkawal, angka jangan disalah tafsir – PM Anwar

Hutang negara terkawal, angka jangan disalah tafsir – PM Anwar

PM sifatkan kritikan pembangkang terhadap siasatan SPRM tidak berasas

PM sifatkan kritikan pembangkang terhadap siasatan SPRM tidak berasas

Kerajaan teliti prestasi, keperluan agensi sebelum lanjut kontrak

Kerajaan teliti prestasi, keperluan agensi sebelum lanjut kontrak

Perpaduan dan keamanan di Timur Tengah masih mampu dicapai – Pope Leo

  • By Siti
  • December 2, 2025
Perpaduan dan keamanan di Timur Tengah masih mampu dicapai – Pope Leo

Belanjawan Sarawak 2026 bukti keprihatinan kebajikan rakyat dan pelajar

Belanjawan Sarawak 2026 bukti keprihatinan kebajikan rakyat dan pelajar