Hajiji umum 10 Menteri Kabinet Sabah baharu, termasuk ADUN dari BN, UPKO

KOTA KINABALU – Seramai 10 Menteri Kabinet Sabah yang terdiri daripada ADUN dari BN, UPKO dan PH dan GRS sekali gus bentuk Kerajaan Perpaduan di  Sabah di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor. 

Hajiji merakamkan ucapan tahniah kepada semua menteri yang baharu dilantik dan mengingatkan bahawa tanggungjawab yang dipikul amat besar yang perlu dilaksanakan dengan penuh dedikasi serta integriti.

“Kepada semua para menteri yang baru dilantik, saya ucapkan tanya atas pelantikan anda.

“Tanggungjawab ini besar maknanya dan saya berharap agar anda memikul amanah ini dengan dedikasi yang tidak berbelah bagi. 

“Berkhidmat kepada rakyat Sabah tanpa mengira latar belakang dan laksanakan tugas dengan penuh integriti,” katanya dalam sidang media di Sri Gaya Gaya, di sini pada Isnin.

Teks sidang media beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam.

Berikut adalah senarai penuh Menteri Kabinet Sabah iaitu Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor (GRS).

Timbalan Ketua Menteri (TKM) 1 merangkap Menteri Kerja Raya dan Utiliti, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam (GRS); TKM 2 merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun (GRS) dan TKM 3 merangkap Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Datuk Ewon Benedick (UPKO).

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Arifin Arif (GRS); Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Jamawi Jaafar (PH) dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Rubin Balang (GRS). 

Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk James Ratib (GRS); Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin (BN); Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Julita Mojungki (GRS) dan Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif, Datuk Nizam Titingan (GRS). 

Hajiji yakin setiap ahli Jemaah Menteri yang telah dilantik memiliki pengalaman dan kemampuan untuk memimpin kementerian masing-masing ke arah kemajuan lebih cemerlang bagi negeri Sabah.

Tambahnya, Kabinet baharu turut perlu memastikan kesinambungan pelaksanaan program pembangunan seperti yang dirancang di bawah Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0.

Sementara itu, Joachim ketika ditanya mengenai adakah StarSabah akan menyertai kerajaan, beliau berkata, “belum lagi”.

Related Posts

Tidak beretika Exco Terengganu, Kelantan beri surat minta kelulusan projek – PM

DATUK Seri Anwar Ibrahim mendedahkan di Dewan Rakyat hari ini bahawa beliau menerima surat daripada ahli Exco Terengganu dan Kelantan yang meminta kelulusan projek tertentu daripadanya. Perdana Menteri berkata, permohonan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hutang negara terkawal, angka jangan disalah tafsir – PM Anwar

HUTANG negara berada dalam kawalan dan menekankan bahawa rakyat tidak seharusnya keliru atau salah tafsir dengan angka yang dibentangkan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, penjelasan mengenai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tidak beretika Exco Terengganu, Kelantan beri surat minta kelulusan projek – PM

Tidak beretika Exco Terengganu, Kelantan beri surat minta kelulusan projek – PM

Hutang negara terkawal, angka jangan disalah tafsir – PM Anwar

Hutang negara terkawal, angka jangan disalah tafsir – PM Anwar

PM sifatkan kritikan pembangkang terhadap siasatan SPRM tidak berasas

PM sifatkan kritikan pembangkang terhadap siasatan SPRM tidak berasas

Kerajaan teliti prestasi, keperluan agensi sebelum lanjut kontrak

Kerajaan teliti prestasi, keperluan agensi sebelum lanjut kontrak

Perpaduan dan keamanan di Timur Tengah masih mampu dicapai – Pope Leo

  • By Siti
  • December 2, 2025
Perpaduan dan keamanan di Timur Tengah masih mampu dicapai – Pope Leo

Belanjawan Sarawak 2026 bukti keprihatinan kebajikan rakyat dan pelajar

Belanjawan Sarawak 2026 bukti keprihatinan kebajikan rakyat dan pelajar