Gol Romero bantu Spurs ikat Newcastle

SEPAKAN gunting Cristian Romero pada waktu kecederaan memastikan Tottenham membawa pulang satu mata selepas terikat 2-2 dengan Newcastle di St James’ Park, awal pagi tadi.

Skuad kendalian Thomas Frank yang bergelut dengan tiga kekalahan berturut-turut sebelum ini, akhirnya menarik nafas lega, meskipun dua kali ketinggalan kepada tuan rumah.

Newcastle yang menguasai sebahagian besar babak pertama gagal menghasilkan sesuatu yang benar-benar mengancam sebelum segala-galanya berubah pada separuh masa kedua.

Eddie Howe memasukkan Anthony Gordon dan Anthony Elanga bagi menggantikan Harvey Barnes serta Jacob Murphy dan pertukaran itu membuahkan hasil selepas lima minit apabila Gordon meluru di sebelah kiri dan hantaran lintangnya ditujukan ke arah Bruno Guimaraes.

Pemain tengah Brazil itu melepaskan sepakan lencong ke penjuru jauh pada minit ke-71 bagi membuka tirai jaringan.

Namun tujuh minit kemudian, Spurs kembali menyamakan kedudukan. Mohammed Kudus melambungkan bola dari kanan dan Romero melakukan layangan tepat untuk menanduk masuk gol penyamaan.

Newcastle kembali di depan pada minit ke-86 selepas Rodrigo Bentancur dan Dan Burn bertembung dalam kotak penalti.

Pengadil Thomas Bramall pada awalnya membenarkan permainan diteruskan sebelum rujukan VAR memberinya alasan untuk menghadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan Gordon dengan tenang.

Namun drama sebenar muncul pada minit ke-95 apabila sepakan sudut Spurs mencetuskan kekalutan di depan pintu gol.

Romero melompat tinggi dan melakukan sepakan gunting yang tidak mengenai bola dengan sempurna, namun tetap menerjah melepasi Aaron Ramsdale untuk gol penyamaan berharga.

Related Posts

City menang, Haaland lakar rekod jaring 100 gol

ERLING Haaland melakar sejarah apabila penyerang Manchester City itu muncul pemain terpantas meraih 100 gol dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas mencetak gol ketika kemenangan mendebarkan 5-4 ke atas Fulham,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Slot anggap Salah profesional walaupun ‘kurang gembira’

PENGENDALI Liverpool, Arne Slot, mengakui Mohamed Salah ‘tidak gembira’ selepas digugurkan daripada kesebelasan utama ketika kemenangan 2-0 ke atas West Ham, Ahad lalu. Salah, yang sebelum ini menjadi tonggak tetap…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pas lebih galak sentuh isu Albert, senyap bab video Azmin

Pas lebih galak sentuh isu Albert, senyap bab video Azmin

Tiga menteri sambung perkhidmatan sebagai Ahli Dewan Negara

Tiga menteri sambung perkhidmatan sebagai Ahli Dewan Negara

Pelantikan ini adalah amanah untuk saya terus perjuangkan suara rakyat Darau – Razali

Pelantikan ini adalah amanah untuk saya terus perjuangkan suara rakyat Darau – Razali

Kekal bebas, terus bawa suara rakyat ke DUN – Roger

  • By Fatin
  • December 3, 2025
Kekal bebas, terus bawa suara rakyat ke DUN – Roger

Wartawan Perancis fail aduan isu sekatan kebebasan media di Palestin

  • By Siti
  • December 3, 2025
Wartawan Perancis fail aduan isu sekatan kebebasan media di Palestin

Gol Romero bantu Spurs ikat Newcastle

Gol Romero bantu Spurs ikat Newcastle