TAWAU – Satu gempa bumi lemah dengan magnitud 2.7 berpusat di Tawau berlaku pukul 4.54 pagi, pada Khamis.
Jabatan Metereologi (MetMalaysia) dalam kenyataan berkata, gempa bumi berlaku pada jarak 17 kilometer utara dari Tawau.
Menurutnya, kejadian berpusat pada kedalaman 10 kilometer pada koordinat 4.5 utara dan 118.1 timur.
Gegaran dirasai di sekitar Tawau.





