Formula kerjasama GRS-PH kekal

RANAU – Majlis Tertinggi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersetuju untuk mengekalkan formula kerjasama sedia ada dengan Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya negeri akan datang, kata Ketua Menteri Sabah merangkap Presiden GRS, Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata sejarah telah membuktikan bahawa sesebuah kerajaan negeri itu memerlukan hubungan yang kukuh dengan Kerajaan Persekutuan.

“Kita mahu hubungan yang erat dengan Kerajaan Persekutuan.

“Kita mahu kestabilan, dan kita berharap rakyat memahami bahawa kita sedang melakukan yang terbaik untuk mereka. Untuk membawa kemakmuran kepada mereka,” katanya pada majlis pecah tanah Projek Bandar Baharu Paginatan di dewan terbuka Memorial Nunuk Ragang, di sni pada Selasa.

Jelasnya, rekod pencapaian Kerajaan Negeri GRS-PH dalam membawa kemajuan kepada Sabah telah terbukti.

“Kita mempunyai lebih 400 inisiatif di bawah agenda pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya, dan kira-kira 94 peratus daripadanya telah berjaya dilaksanakan,” katanya.

Hajiji menyatakan perkara ini bertentangan dengan dakwaan pembangkang yang menurutnya bertujuan menipu rakyat.

“Kerajaan GRS-PH telah meluluskan pelbagai program bantuan untuk pembangunan pendidikan negeri dan kesejahteraan rakyat, yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana kerajaan negeri sebelum ini.

“Tahun ini sahaja, kita memberi bantuan bulanan sebanyak RM300 kepada hampir 100,000 golongan miskin tegar, dan inisiatif ini akan diteruskan jika rakyat mengembalikan mandat kepada GRS-PH pada pilihan raya akan datang,” jelas beliau.

Tambahnya, Kerajaan Negeri GRS-PH telah berjaya mendapatkan penyertaan yang lebih besar dalam sektor minyak dan gas melalui pemeteraian bersejarah Perjanjian Kerjasama Komersial (CCA) dengan Petronas pada tahun 2021.

Related Posts

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

TANGGA BATU – Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari meneruskan Program Peduli Veteran MADANI Tangga Batu hari ini dengan menziarahi beberapa veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sekitar Tanjung Kling yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

MIRI – Warga Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Krokop kini boleh tersenyum gembira apabila dewan perhimpunan mereka telah dinaik taraf dan dilengkapi dengan kemudahan teknologi yang jauh lebih moden.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang