Farm Tokou, Yayasan Hasanah bantu 200 mangsa banjir di Penampang

PENAMPANG – Kejayaan sebenar sesebuah perusahaan sosial bukan hanya diukur melalui hasil pertanian semata-mata, tetapi pada kemampuan untuk berdiri bersama masyarakat ketika berdepan kesusahan.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Farm Tokou, Gerald Wong berkata, seramai 200 mangsa banjir di Penampang menerima bantuan pasca bencana hasil inisiatif Farm Tokou dengan kerjasama Yayasan Hasanah.

“Misi bantuan ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat untuk memperkukuh kesejahteraan masyarakat setempat, khususnya keluarga yang kehilangan tempat tinggal atau barangan asas akibat banjir kilat.

“Bantuan ini mungkin kecil bagi sesetengah pihak, namun bagi keluarga yang kehilangan rumah dan harta benda, ia membawa makna yang amat besar.

“Inilah cara kami menyatakan solidariti, empati dan kasih terhadap komuniti di sekeliling kami,” katanya di sini dalam kenyataan pada Ahad.

Bantuan meliputi barangan keperluan asas seperti bantal, tuala, dapur gas, periuk nasi, lampin pakai buang bayi dan botol susu, bagi memastikan keluarga terkesan dapat meneruskan kehidupan dengan lebih selesa selepas bencana.

Dalam pelaksanaan misi tersebut, Farm Tokou menerima sokongan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Moyog yang membantu mengenal pasti senarai penerima bantuan, manakala Majlis Perbandaran Penampang menyediakan kemudahan dewan bagi memastikan penyerahan dijalankan dengan lancar.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Penampang, Noemi Dyena John Tren yang memberi sokongan moral kepada penerima serta mengiktiraf usaha berterusan Farm Tokou dan Yayasan Hasanah dalam membantu komuniti pasca bencana.


Related Posts

Projek pembinaan jeti MAWILLA 2 capai 75 peratus, siap Mei 2026 – Khaled

SANDAKAN – Projek pembinaan jeti Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) kini mencapai kemajuan 75 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada 6 Mei 2026. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan pastikan penduduk pulau nikmati subsidi BUDI95 tanpa had 300 liter

KOTA BELUD – Kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memastikan bahawa komuniti pulau akan terus menikmati subsidi petrol RON95 di bawah program BUDI95 tanpa terikat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek pembinaan jeti MAWILLA 2 capai 75 peratus, siap Mei 2026 – Khaled

  • By Fandi
  • October 6, 2025
Projek pembinaan jeti MAWILLA 2 capai 75 peratus, siap Mei 2026 – Khaled

Fiesta Rakan Muda tonjol bakat dan potensi belia IKBN Kemasik

Fiesta Rakan Muda tonjol bakat dan potensi belia IKBN Kemasik

Bot tangkap siput haram ditahan di perairan Perlis

Bot tangkap siput haram ditahan di perairan Perlis

Kerajaan pastikan penduduk pulau nikmati subsidi BUDI95 tanpa had 300 liter

  • By Ithma
  • October 6, 2025
Kerajaan pastikan penduduk pulau nikmati subsidi BUDI95 tanpa had 300 liter

Jaga tutur kata, elak sentuh sensitiviti agama

  • By Fatin
  • October 6, 2025
Jaga tutur kata, elak sentuh sensitiviti agama

Ops Luxury: 7 kereta mewah disita di Perlis, termasuk Nissan GTR RM350,000

Ops Luxury: 7 kereta mewah disita di Perlis, termasuk Nissan GTR RM350,000