Cadangan laksana undang-undang DPA, mekanisme bantu pulih dana negara

KOTA KINABALU – Cadangan melaksanakan undang-undang Deferred Prosecution Agreement (DPA) iaitu penangguhan pendakwaan sebagai satu mekanisme bagi membantu memulihkan dana negara.

Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, perkembangan terkini ia berada di peringkat kelulusan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC). 

“Kami telah mengemukakan cadangan tersebut beberapa bulan lalu. Sekarang, saya rasa ia hampir selesai.

“Jika dipersetujui oleh AGC, kami akan membawanya ke jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, iaitu Jawatankuasa Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan, untuk mendapatkan kelulusan. 

“Selepas itu, barulah kita boleh meneruskan dengan penyediaan draf undang-undang,” katanya semasa sidang media sempena Program Cakna Rasuah di sini pada Khamis.

Jelas beliau, undang-undang ini telah diguna pakai secara meluas di negara seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom, terutamanya dalam kes-kes yang melibatkan liabiliti korporat dan rasuah besar-besaran.

“Melalui mekanisme ini, apabila terdapat kes yang melibatkan sesuatu entiti, pihak Pendakwa Raya Negeri yang menyiasat akan melihat sama ada terdapat ruang untuk menangguhkan pendakwaan. 

“Namun, ia tertakluk kepada syarat tertentu, termasuk penyelesaian melalui pembayaran yang besar yang pada akhirnya memberi manfaat kepada negara,” jelas beliau.

Katanya lagi, biasanya, dalam kes seperti ini, matlamat utama adalah untuk memulihkan atau mendapatkan kembali sejumlah besar wang. 

“Contohnya termasuk kes ASTEM, HSBC, serta Airbus di UK dan Perancis. Dalam kes Airbus, kalau tidak silap, mereka membayar sekitar EUR3 bilion kepada kerajaan, walaupun terdapat kes berkaitan rasuah.

“Dalam situasi seperti ini, kerajaan lebih memilih untuk mendapatkan semula wang tersebut demi kepentingan negara, berbanding membawa kes ke mahkamah yang mungkin mengambil masa lama dan rumit,” katanya.

Azam berkata, undang-undang ini juga menetapkan bahawa entiti yang terlibat akan diletakkan di bawah pemantauan untuk tempoh tertentu — biasanya dua tahun. 

Katanya, dalam tempoh itu, mereka perlu mematuhi syarat dan peraturan yang telah dipersetujui kedua-dua pihak. 

“Selepas tamat tempoh pemantauan dan syarat dipenuhi, entiti tersebut akan dilepaskan daripada pemantauan.

“Yang menariknya, syarikat berkenaan masih boleh meneruskan operasi perniagaan mereka seperti biasa sepanjang tempoh ini,” ujar beliau.

Related Posts

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

KUCHING – Sebanyak 10 tapak Bazar Ramadan akan beroperasi dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Padawan (MPP) bagi tahun 2026, melibatkan penyertaan penganjur daripada pihak komuniti dan sektor swasta. Pengerusi MPP,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

PAGI itu, seorang ibu berdiri di hadapan pintu sekolah rendah dengan tangan anaknya digenggam erat. Anak itu baru berusia 6 tahun. Wajahnya tidak gentar. Beg galasnya kemas, matanya bercahaya, dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi