BPT kembali di pasaran, rakyat gembira – MB Perlis

PADANG BESAR – Kerajaan negeri Perlis menyambut baik langkah kerajaan Persekutuan mengembalikan beras putih tempatan (BPT) bersubsidi bermula Mac ini bagi meringankan beban rakyat negara ini.

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli secara terbuka turut memuji langkah kerajaan Pusat mengembalikan BPT dan menyifatkan ia adalah berita gembira buat rakyat.

“Usaha kerajaan (Persekutuan) mengembalikan semula beras tempatan pada harga RM26 untuk 10 kilogram atau RM2.60 sekilogram adalah langkah gembira buat rakyat.

“Sebelum ini, kita hilang beras tempatan (dalam pasaran) dan kerajaan kini mengembalikan semula (beras tempatan). Kita sambut baik langkah ini,” katanya ringkas kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran kuih raya berasaskan mangga harum manis di Kompleks Pertanian Bukit Temiang, Beseri dekat sini.

Terdahulu, The Malaysia Press melaporkan orang ramai boleh mula mendapatkan BPT bersubsidi pada harga RM26 bagi 10kg bermula 1 Mac ini.

Bekalan beras itu akan berada di pasaran sedia ada di seluruh Semenanjung dan turut dipasarkan di Program Jualan Rahmah Madani.

Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras, Datuk Badrul Hisham Mohd berkata, sebanyak 24 juta kampit beras akan berada di pasaran Semenanjung dalam tempoh enam bulan bermula Mac ini.

Beliau berkata, pembelian beras berkenaan bagaimanapun dihadkan kepada dua kampit sahaja dengan menggunakan pelbagai jenama pada harga subsidi RM26

Barangan keperluan harian itu diharap dapat memanfaatkan oleh 400,000 ketua isi rumah (KIR) miskin di negara ini termasuk 77,000 KIR miskin tegar,” katanya kepada media, hari ini.

Katanya, mengikut data sedia ada, dianggarkan kira-kira 400,000 KIR memerlukan dan bergantung kepada bekalan BPT itu.

Buat masa ini, tiada keperluan untuk keluarkan satu jenama khusus bagi BPT bersubsidi itu, sebaliknya ia akan dikenali dengan pelbagai jenama.

Related Posts

Kerosakan Jalan Tiku dapat perhatian Timbalan Menteri KPK
  • FatinFatin
  • February 25, 2025

TAWAU – Masalah kerosakan jalan yang dihadapi penduduk termasuk pekebun kecil kelapa sawit di Jalan Tiku Tawau mendapat perhatian Timbalan Menteri Kementerian Perladangan Komuniti (KPK) yang juga Ahli Parlimen Kota…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JHEANS perkasa sistem kehakiman Mahkamah Anak Negeri

KOTA KINABALU – Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (JHEANS) terus memperkasa sistem kehakiman Mahkamah Anak Negeri (MAN) melalui kursus khas bagi meningkatkan kefahaman serta kemahiran dalam pengendalian kes-kes berkaitan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lawatan PM buah hasil berganda demi kesejahteraan Malaysia Madani

Lawatan PM buah hasil berganda demi kesejahteraan Malaysia Madani

Kerosakan Jalan Tiku dapat perhatian Timbalan Menteri KPK

  • By Fatin
  • February 25, 2025
Kerosakan Jalan Tiku dapat perhatian Timbalan Menteri KPK

Warga emas dipenjara 6 bulan muat naik kandungan palsu mesyuarat Majlis Raja-Raja

  • By Mai S
  • February 25, 2025
Warga emas dipenjara 6 bulan muat naik kandungan palsu mesyuarat Majlis Raja-Raja

JHEANS perkasa sistem kehakiman Mahkamah Anak Negeri

JHEANS perkasa sistem kehakiman Mahkamah Anak Negeri

BPT kembali di pasaran, rakyat gembira – MB Perlis

BPT kembali di pasaran, rakyat gembira – MB Perlis

Sultan Pahang sah hadir program Pahang Bermunajat, Raja Berdaulat

Sultan Pahang sah hadir program Pahang Bermunajat, Raja Berdaulat