Boleh beli di negara luar kalau rasa penurunan harga minyak tak berbaloi – PMX

MUAR – Pihak yang terus memperlekehkan pengumuman kerajaan berhubung penurunan harga minyak disaran untuk membeli bahan api berkenaan di negara-negara jiran berhampiran.

Sindiran itu dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pembangkang yang terus mempolemikkan bantuan harga petrol RON95 pada kadar subsidi RM1.99.

“Ada semalam orang bicara minyak naik, tetapi dia tak tahu kita dah turun harga minyak. Rupanya dia tak mahu. Tak berpuas hati dengan harga minyak di Malaysia.

“Tak mengapa. Kalau harga minyak di Malaysia mahal, pergi beli di Singapura, pergi beli di Thailand, pergi beli di Indonesia. Semuanya tinggi jauh melambung daripada kita.

“Mereka sindir ‘enam sen sahaja’. Bukan setakat enam sen, tetapi harga pasaran tanpa catat keuntungan ini, bila kita kenakan pada rakyat Malaysia, semuanya RM1.99. Untuk warga asing seperti rakyat Singapura nak beli minyak di Malaysia, bukan warganegara yang bekerja di Malaysia semua kena bayar harga pasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2025 di Dataran Tanjung Emas, di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Mengulas lanjut katanya, langkah dibuat oleh kerajaan itu bukan sahaja mengurangkan tekanan kos sara hidup dihadapi rakyat, namun usaha tersebut bertujuan memastikan subsidi dilaksanakan pihaknya dinikmati oleh rakyat tempatan.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Anwar yang juga Menteri Ekonomi turut mengumumkan peruntukkan bernilai RM10 juta khusus untuk projek pembangunan di daerah Muar.

Katanya, peruntukan yang akan diselaraskan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) oleh Jabatan Perdana Menteri bersama Pegawai Daerah Muar itu bertujuan meningkatkan kesejahteraan rakyat dan merancakkan pertumbuhan ekonomi setempat.

Related Posts

PKR Kedah mahu tawan semula kerusi Parlimen, DUN

ALOR SETAR – PKR Kedah menyasarkan usaha memenangkan kembali kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini menerusi perancangan gerak kerja strategik yang lebih tersusun dan berkesan. Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemilihan UMNO selepas PRU16

KUALA LUMPUR – UMNO akan menangguhkan pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung tahun ini dan akan dilaksanakan selepas diadakan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Putatan berpotensi jadi Pekan Durian Tahunan, Pusat Aktiviti Pertanian Komuniti

Putatan berpotensi jadi Pekan Durian Tahunan, Pusat Aktiviti Pertanian Komuniti

Lelaki 40-an lemas semasa aktiviti rafting di Nabawan

  • By Ynom
  • January 16, 2026
Lelaki 40-an lemas semasa aktiviti rafting di Nabawan

APM Limbang perkasa kesiapsiagaan pelajar asrama hadapi kecemasan

APM Limbang perkasa kesiapsiagaan pelajar asrama hadapi kecemasan

BAP 2026: Kerajaan MADANI peruntuk RM76.29 juta, lebih 508,000 murid Sabah terima manfaat

BAP 2026: Kerajaan MADANI peruntuk RM76.29 juta, lebih 508,000 murid Sabah terima manfaat

1,088 bakul makanan diagih kepada mangsa banjir di Mukah

1,088 bakul makanan diagih kepada mangsa banjir di Mukah

Koordinasi calon BN, Lamag berjalan baik – MIHA

  • By Fatin
  • January 16, 2026
Koordinasi calon BN, Lamag berjalan baik – MIHA