BKK 2025: Penjawat awam dan veteran dihargai, lonjak kuasa membeli

PUTRAJAYA –  Penjawat awam serta golongan veteran yang menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) 2025 yang disalurkan mulai hari ini menyifatkan pengorbanan dan dedikasi mereka dihargai, yang merupakan tulang belakang kepada perkhidmatan negara.

Berdasarkan tinjauan The Malaysia Press (TMP), hari ini, rata-rata daripada mereka menzahirkan kesyukuran, selain berterima kasih kepada Kerajaan Madani atas pelaksanaan inisiatif tersebut kepada penjawat awam dan veteran.

Pembantu tadbir Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Siti Mariah Alias, 61, berkata, bantuan khas itu dianggap tepat pada masanya, khususnya bagi umat Islam untuk membuat persiapan menjelang Ramadan.

“Bantuan daripada kerajaan sedikit sebanyak membantu meringankan beban kewangan bulan keluarga penjawat awam, lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai ramai anak untuk digunakan bagi persiapan bulan puasa yang dijangka Sabtu ini.

“Pada masa sama, kebanyakan ibu bapa sudah berhabis duit dalam persiapan dan persediaan sesi persekolahan baharu pada minggu lalu, tahun ini buka sekolah dengan mula puasa dekat. Jadi, bantuan itu bersesuaian atau tepat pada masanya,” katanya kepada TMP, hari ini.

Sementara itu, bagi seorang veteran, Abdullah Muji, 64, menyifatkan insiatif BKK juga  akan meningkatkan kuasa beli secara langsung selain membantu penjawat awam dan golongannya memenuhi kehendak peribadi.

Jelasnya, dengan pendapatan boleh guna yang lebih tinggi, penjawat awam mampu untuk berbelanja lebih dalam kategori seperti makanan, pakaian, pendidikan dan kesihatan.

“Kuasa perbelanjaan pengguna akan meningkat terutamanya dalam kalangan mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah terdiri daripada sebahagian besar penduduk Malaysia.

“Ini bukan sahaja memberi manfaat buat individu, tetapi juga meningkatkan permintaan domestik. Penambahan tersebut dijangka merangsang sektor utama ekonomi terutamanya perniagaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS).

“Sektor peruncitan dan perkhidmatan terutamanya akan mendapat sambutan dengan pemberian bantuan terbabit susulan kuasa membeli penjawat awam meningkat kerana mereka dapat berbelanja lebih untuk keperluan diri sendiri dan keluarga,” katanya.

Tambahnya, suntikan kewangan itu membuktikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sentiasa mendengar keluhan dan permasalahan dihadapi penjawat awam, khususnya mendepani cabaran kos sara hidup.

“Inisiatif tersebut sedikit sebanyak melegakan mereka yang akan berdepan dengan persiapan bulan Ramadan tidak lama lagi, selain kebimbangan perkara-perkara yang menjadi rutin untuk penjawat awam membuat pembayaran komitmen secara bulanan.

“Selaku penjawat awam, perkara itu memberi motivasi untuk terus komited melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagaimana telah diamanahkan kepada kami,” katanya.

Terdahulu, BKK Tahun 2025 disalurkan mulai hari ini kepada penjawat awam serta pesara kerajaan, veteran berpencen dan veteran tidak berpencen.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi pembentangan Belanjawan 2025 pada 18 Oktober lalu mengumumkan mengenai BKK berjumlah RM500 kepada penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak serta RM250 untuk pesara, veteran berpencen dan veteran tidak berpencen.

Related Posts

Warga emas dipenjara 6 bulan muat naik kandungan palsu mesyuarat Majlis Raja-Raja
  • Mai SMai S
  • February 25, 2025

SEPANG – Gara-gara memuat naik kandungan bersifat palsu berkenaan keputusan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268, seorang warga emas terpaksa menjalani hukuman penjara selama enam bulan setelah gagal membayar denda sebanyak RM30,000.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Beras putih tempatan kembali dijual bulan depan

PUTRAJAYA- Orang ramai boleh mula mendapatkan beras putih tempatan (BPT) bersubsidi pada harga RM26 bagi 10 kilogram (kg) bermula 1 Mac ini. Bekalan beras itu akan berada di pasaran sedia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lawatan PM buah hasil berganda demi kesejahteraan Malaysia Madani

Lawatan PM buah hasil berganda demi kesejahteraan Malaysia Madani

Kerosakan Jalan Tiku dapat perhatian Timbalan Menteri KPK

  • By Fatin
  • February 25, 2025
Kerosakan Jalan Tiku dapat perhatian Timbalan Menteri KPK

Warga emas dipenjara 6 bulan muat naik kandungan palsu mesyuarat Majlis Raja-Raja

  • By Mai S
  • February 25, 2025
Warga emas dipenjara 6 bulan muat naik kandungan palsu mesyuarat Majlis Raja-Raja

JHEANS perkasa sistem kehakiman Mahkamah Anak Negeri

JHEANS perkasa sistem kehakiman Mahkamah Anak Negeri

BPT kembali di pasaran, rakyat gembira – MB Perlis

BPT kembali di pasaran, rakyat gembira – MB Perlis

Sultan Pahang sah hadir program Pahang Bermunajat, Raja Berdaulat

Sultan Pahang sah hadir program Pahang Bermunajat, Raja Berdaulat