Beras putih tempatan kembali dijual bulan depan

PUTRAJAYA- Orang ramai boleh mula mendapatkan beras putih tempatan (BPT) bersubsidi pada harga RM26 bagi 10 kilogram (kg) bermula 1 Mac ini.

Bekalan beras itu akan berada di pasaran sedia ada di seluruh Semenanjung dan turut dipasarkan di Program Jualan Rahmah Madani.

Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras, Datuk Badrul Hisham Mohd berkata, sebanyak 24 juta kampit beras akan berada di pasaran Semenanjung dalam tempoh enam bulan bermula Mac ini.

Beliau berkata, pembelian beras berkenaan bagaimanapun dihadkan kepada dua kampit sahaja dengan menggunakan pelbagai jenama pada harga subsidi RM26.

“Buat masa ini, tiada keperluan untuk keluarkan satu jenama khusus bagi BPT bersubsidi itu, sebaliknya ia akan dikenali dengan pelbagai jenama.

“Barangan keperluan harian itu diharap dapat memanfaatkan oleh 400,000 ketua isi rumah (KIR) miskin di negara ini termasuk 77,000 KIR miskin tegar,” katanya kepada media, hari ini.

Katanya, mengikut data sedia ada, dianggarkan kira-kira 400,000 KIR memerlukan dan bergantung kepada bekalan BPT itu.

Related Posts

Mansuh SJKC pemikiran sempit, tidak berasas

PUTRAJAYA – Cadangan menutup Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) disifatkan tidak masuk akal dan mencerminkan pemikiran yang sempit selain tidak mengambil kira fakta dan realiti pendidikan di Malaysia. Exco Pemuda…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC banteras 18,192 kandungan, iklan jelik sejak 2022

KUALA LUMPUR – Sebanyak 18,192 kandungan bersifat jelik, termasuk iklan di platform media sosial sudah diturunkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dari 2022 sehingga 15 Januari lalu. Menteri Komunikasi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mansuh SJKC pemikiran sempit, tidak berasas

Mansuh SJKC pemikiran sempit, tidak berasas

Sanusi mohon maaf kepada Amirudin di mahkamah

Sanusi mohon maaf kepada Amirudin di mahkamah

Gagal kemuka lesen, KPDN Perak rampas 96 unit LPG bernilai RM8,457.60

Gagal kemuka lesen, KPDN Perak rampas 96 unit LPG bernilai RM8,457.60

Polisi hukuman terhadap pemilik kargo lebih muatan sedang dikaji MOT

Polisi hukuman terhadap pemilik kargo lebih muatan sedang dikaji MOT

Kajian kebolehlaksanaan terowong dasar laut di peringkat kajian, pastikan tiada kelompongan berlaku

Kajian kebolehlaksanaan terowong dasar laut di peringkat kajian, pastikan tiada kelompongan berlaku

Suspek belasah OKU didenda RM2,000

Suspek belasah OKU didenda RM2,000