Belanjawan 2026 dijangka perkasa kesejahteraan rakyat, rangsang pelaburan

PUTRAJAYA – Belanjawan 2026 dijangka akan memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh ketahanan fiskal negara, mengukuhkan asas ekonomi, serta meningkatkan kesejahteraan rakyat.

RHB Research menjangkakan defisit fiskal negara akan terus berkurang kepada 3.5 peratus pada 2026 dan 3.2 peritus pada 2027, dengan perbelanjaan pembangunan dianggarkan sekitar RM89 bilion bagi tahun pertama pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Katanya, tahun hadapan merupakan peluang terakhir bagi Kerajaan MADANI untuk melaksanakan reformasi bermakna dan inisiatif pertumbuhan sebelum tumpuan beralih kepada pilihan raya umum yang dijangka pada 2027.

“RHB Research memberi amaran kerajaan perlu berhati-hati dalam melaksanakan inisiatif peningkatan hasil, terutama tanpa pelaksanaan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST), agar tidak membebankan sektor perniagaan.

“Langkah pengoptimuman perbelanjaan dijangka memberi fokus kepada subsidi bersasar, manakala usaha konsolidasi fiskal perlu diseimbangkan dengan peluasan asas hasil negara.

“Cabaran utama kerajaan ialah menyediakan bantuan yang mencukupi kepada golongan berpendapatan rendah, sambil mewujudkan ekosistem perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan baharu dan memacu industri ke arah rantaian nilai lebih tinggi,” katanya menerusi nota penyelidikannya, pada Isnin.

Mengulas lanjut, RHB Research berkata,
antara agenda utama yang dijangka diumumkan termasuk digitalisasi sektor awam untuk memperbaiki penyampaian perkhidmatan dan mengurangkan ketirisan termasuk reformasi dalam perkhidmatan awam.

Firma penyelidikan itu turut menggesa langkah untuk mempercepat peralihan Malaysia ke arah ekonomi berasaskan nilai tambah tinggi, termasuk menggalakkan pelaburan langsung asing (FDI) selain keperluan mengurangkan birokrasi.

“Pada masa sama, perlunya menawarkan insentif kepada automasi dan produktiviti serta mempercepat pembangunan bakat dan latihan kemahiran.

“Kami juga menanti perincian lanjut berkenaan Kerangka Insentif Pelaburan Baharu yang dijangka diumumkan,” jelas laporan itu.

Dalam pada itu, RHB Research turut memetik arah aliran pengurangan kebergantungan global yang sedang berlaku, yang berpotensi mengalihkan semula aliran portfolio kepada pasaran sedang pesat membangun termasuk Malaysia menjelang 2026.

Firma itu mempercayai bahawa prestasi lemah pasaran domestik pada 2025 telah mengambil kira banyak risiko yang sedia ada namun, potensi kenaikan semasa bergantung kepada prestasi pendapatan korporat atau kemasukan dana baharu.

“Belanjawan 2026 juga dijangka menyentuh perkembangan projek MRT3 yang kini sedang dalam proses pengambilan tanah dan persediaan pembinaan.

“Kami menjangkakan kerajaan akan mengumumkan perincian seperti mekanisme pembiayaan, kos terkini, dan kemungkinan pusingan tender semula,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan, dijadualkan membentangkan Belanjawan 2026 di Parlimen pada 10 Oktober ini.

Related Posts

Projek pembinaan jeti MAWILLA 2 capai 75 peratus, siap Mei 2026 – Khaled

SANDAKAN – Projek pembinaan jeti Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) kini mencapai kemajuan 75 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada 6 Mei 2026. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan pastikan penduduk pulau nikmati subsidi BUDI95 tanpa had 300 liter

KOTA BELUD – Kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memastikan bahawa komuniti pulau akan terus menikmati subsidi petrol RON95 di bawah program BUDI95 tanpa terikat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek pembinaan jeti MAWILLA 2 capai 75 peratus, siap Mei 2026 – Khaled

  • By Fandi
  • October 6, 2025
Projek pembinaan jeti MAWILLA 2 capai 75 peratus, siap Mei 2026 – Khaled

Fiesta Rakan Muda tonjol bakat dan potensi belia IKBN Kemasik

Fiesta Rakan Muda tonjol bakat dan potensi belia IKBN Kemasik

Bot tangkap siput haram ditahan di perairan Perlis

Bot tangkap siput haram ditahan di perairan Perlis

Kerajaan pastikan penduduk pulau nikmati subsidi BUDI95 tanpa had 300 liter

  • By Ithma
  • October 6, 2025
Kerajaan pastikan penduduk pulau nikmati subsidi BUDI95 tanpa had 300 liter

Jaga tutur kata, elak sentuh sensitiviti agama

  • By Fatin
  • October 6, 2025
Jaga tutur kata, elak sentuh sensitiviti agama

Ops Luxury: 7 kereta mewah disita di Perlis, termasuk Nissan GTR RM350,000

Ops Luxury: 7 kereta mewah disita di Perlis, termasuk Nissan GTR RM350,000