Barcelona tumbang di tangan Sevilla

BARCELONA dikejutkan dengan kekalahan 1-4 di tangan Sevilla di Stadium Ramon Sanchez Pizjuan, awal pagi tadi.

Ia sekali gus menamatkan rekod tanpa kalah juara bertahan itu dalam saingan La Liga musim ini.

Kekalahan itu bukan sahaja merencatkan rentak skuad kendalian Hansi Flick, malah menafikan peluang mereka kembali merampas kedudukan teratas liga.

Tuan rumah terlebih dahulu di depan seawal minit ke-13 apabila Isaac Romero dijatuhkan Ronald Araujo dalam kotak penalti, sebelum Alexis Sanchez tenang menyempurnakan sepakan untuk menewaskan Wojciech Szczesny.

Romero kemudian menggandakan kedudukan pada minit ke-37, namun Barca merapatkan jurang selepas Marcus Rashford merembat masuk hantaran Pedri, tiga minit sebelum rehat.

Babak kedua menyaksikan Barcelona berpeluang menyamakan kedudukan apabila Adnan Januzaj mengasari Alejandro Balde dalam kotak penalti, tetapi Robert Lewandowski gagal menyempurnakan sepakan itu pada minit ke-76.

Kesilapan itu dihukum Sevilla yang menambah dua gol lewat permainan menerusi Jose Angel Carmona pada minit ke-82 dan Akor Adams minit ke-89, sekali gus menyaksikan Barcelona kekal dua mata di belakang pendahulu liga, Real Madrid.

Related Posts

City menang tipis atasi Brentford

ERLING Haaland menjadi watak utama Manchester City apabila jaringannya memastikan kemenangan tipis 1-0 ke atas Brentford dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Komuniti Gtech awal pagi tadi. Penyerang Norway…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kelab Arab Saudi tagih khidmat Maguire

PERTAHANAN tengah Manchester United, Harry Maguire, dilaporkan berada dalam radar kelab gergasi Arab Saudi dengan kemungkinan berhijrah ke Liga Pro Saudi seawal tahun depan. Pemain berusia 32 tahun itu –…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek pembinaan jeti MAWILLA 2 capai 75 peratus, siap Mei 2026 – Khaled

  • By Fandi
  • October 6, 2025
Projek pembinaan jeti MAWILLA 2 capai 75 peratus, siap Mei 2026 – Khaled

Fiesta Rakan Muda tonjol bakat dan potensi belia IKBN Kemasik

Fiesta Rakan Muda tonjol bakat dan potensi belia IKBN Kemasik

Bot tangkap siput haram ditahan di perairan Perlis

Bot tangkap siput haram ditahan di perairan Perlis

Kerajaan pastikan penduduk pulau nikmati subsidi BUDI95 tanpa had 300 liter

  • By Ithma
  • October 6, 2025
Kerajaan pastikan penduduk pulau nikmati subsidi BUDI95 tanpa had 300 liter

Jaga tutur kata, elak sentuh sensitiviti agama

  • By Fatin
  • October 6, 2025
Jaga tutur kata, elak sentuh sensitiviti agama

Ops Luxury: 7 kereta mewah disita di Perlis, termasuk Nissan GTR RM350,000

Ops Luxury: 7 kereta mewah disita di Perlis, termasuk Nissan GTR RM350,000