Bangunan kediaman awam diserang, Iran janji balas serangan Israel

JURUCAKAP Angkatan Tentera Iran, Brigedier Jeneral Abolfazl Shekarchi mengesahkan bahawa wilayah negaranya telah menjadi sasaran serangan udara oleh rejim Zionis Israel, termasuk kawasan kediaman penduduk awam.

Dalam kenyataan pada awal pagi Jumaat, Brigedier Jeneral Shekarchi menyatakan bahawa serangan yang dilakukan semalaman itu turut melibatkan sokongan Amerika Syarikat dan memberi amaran bahawa tindakan balas Iran akan bersifat tegas dan berat.

“Serangan ini, yang jelas menunjukkan campur tangan kuasa asing, telah mengorbankan nyawa orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak. Republik Islam Iran tidak akan berdiam diri dan akan memberikan tindak balas setimpal,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan oleh media tempatan, lapor IRNA.

Difahamkan, serangan udara tersebut menyasarkan beberapa lokasi di dalam dan sekitar ibu negara Tehran serta beberapa bandar lain di Iran. Beberapa bangunan kediaman dilaporkan mengalami kerosakan teruk.

Rakaman dan gambar yang tersebar di media sosial serta siaran televisyen rasmi Iran memaparkan kemusnahan harta benda serta mangsa yang terkorban, termasuk wanita dan kanak-kanak.

Kejadian ini sekali gus meningkatkan ketegangan di rantau Asia Barat, dengan pemerhati politik menyifatkan ia berpotensi mencetuskan konflik berskala lebih besar sekiranya tiada langkah diplomatik diambil segera.

Related Posts

Al-Aqsa, Gereja Makam Suci dibuka semula bermula Khamis

BAITULMAQDIS – Israel mengumumkan pembukaan semula Masjid Al-Aqsa dan Gereja Makam Suci di timur Baitulmaqdis yang diduduki bermula pagi Khamis, selepas kedua-dua tapak suci itu ditutup sejak 28 Februari lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Trump akur gencatan senjata 14 hari

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengumumkan ‘penangguhan serangan ketenteraan’ terhadap Iran selama dua minggu. Dalam satu kenyataan dimuat naik Rumah Putih di platform X, beliau berkata, gencatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Guru pelatih maut tercampak, kenderaan dipandu terbabas

Guru pelatih maut tercampak, kenderaan dipandu terbabas

Data tidak menipu!

Data tidak menipu!

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter