Apa yang susah? Lekat sajalah – PM

DATUK Seri Anwar Ibrahim mahu semua pihak agar tidak terus mempolemikkan isu pemakaian lencana Jalur Gemilang di baju seragam pelajar sekolah.

Perdana Menteri berkata, keputusan berkuat kuasa bulan depan itu telah dibincangkan dengan teliti.

“Apa yang susah? Lencana itu diberi secara percuma, lekat sajalah.

“Banyak negara-negara jiran pun dah buat lama dah. Kita pun dah fikir dan bincangkannya, buat sajalah supaya anak-anak itu daripada awal dididik untuk kasih juga kepada negara. Itu sahaja.

“Saya tidak fikir hal ini pun nak menjadi polemik panjang,” katanya kepada media di Shah Alam, semalam.

Malah, menurut Anwar, cadangan pemakaian lencana Jalur Gemilang oleh Kementerian Pendidikan itu sebenarnya sudah lama tertangguh.

“Jadi, saya putuskan dan jemaah menteri setuju supaya dapat dilaksanakan segera dengan pemberian bendera secara percuma,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika mengulas keputusan sesetengah pihak yang mempersoalkan proses tender untuk pengeluaran lencana ini akan dijalankan.

Semalam, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Pendidikan MCA, Felicia Wong Yin Ting berkata, walaupun langkah itu adalah positif di tengah-tengah peningkatan isu perkauman dan agama, masih terdapat beberapa persoalan yang perlu dijawab.

Antaranya, beliau mahu Kementerian Pendidikan harus mendedahkan nama syarikat yang diberikan kontrak ini dan mahu Putrajaya membuktikan bahawa semua kontrak melalui proses yang betul dan tadbir urus yang bebas daripada kronisme, nepotisme atau amalan rundingan langsung.

Dalam pekeliling yang dikeluarkan Rabu lalu, Kementerian Pendidikan berkata garis panduan pemakaian lencana akan berkuat kuasa mulai 21 April ini.

Ia telah diluluskan oleh kabinet pada 14 Februari lalu yang terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, kolej matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG),

Manakala institusi pendidikan lain digalakkan untuk turut serta.

Kementerian juga akan menyediakan dua lencana secara percuma kepada semua pelajar tahun akademik 2025/2026.

Related Posts

Anwar ucap tahniah Hari Keputeraan Tuanku Muhriz

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, merafak sembah tahniah kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda yang ke-78 hari ini. Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Akar umbi akan beri sokongan jika UMNO bersama Kerajaan Perpaduan hingga PRU16

KUALA LUMPUR – UMNO meyakini bahawa akar umbi akan memberi sokongan terhadap keputusan parti untuk terus bersama Kerajaan Perpaduan hingga Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Presiden UMNO, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Peruntukan RM2.3 juta perkasa pendidikan Perak 2026

Peruntukan RM2.3 juta perkasa pendidikan Perak 2026

SPRM perketat tindakan terhadap penjenayah kewangan melalui strategi baharu

SPRM perketat tindakan terhadap penjenayah kewangan melalui strategi baharu

Keselamatan jalan raya dipertingkat melalui kerjasama Puspakom-MIROS

Keselamatan jalan raya dipertingkat melalui kerjasama Puspakom-MIROS

Anwar ucap tahniah Hari Keputeraan Tuanku Muhriz

Anwar ucap tahniah Hari Keputeraan Tuanku Muhriz

Presiden UMNO isyarat penolakan terhadap Pas, cadang bubar parti

Presiden UMNO isyarat penolakan terhadap Pas, cadang bubar parti

Isi hati telah saya sampaikan kepada Presiden UMNO – Dr Akmal Saleh

Isi hati telah saya sampaikan kepada Presiden UMNO – Dr Akmal Saleh