Anwar luang masa tinjau persiapan Thaipusam

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan ke Batu Caves petang tadi bagi meninjau persiapan sambutan Hari Thaipusam yang akan diraikan penganut Hindu, Ahad ini.

Lawatan itu tertumpu di kawasan Kuil Sri Subramaniar Swamy Batu Caves, lokasi utama yang menjadi tumpuan penganut Hindu dari dalam dan luar negara setiap tahun bagi melaksanakan upacara keagamaan sempena sambutan itu.

Ketibaan Perdana Menteri kira-kira jam 2.30 petang disambut Menteri Digital Gobind Singh Deo; Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan; Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari serta pengurusan kuil sebelum dibawa meninjau beberapa lokasi utama.

Antara lokasi dilawati adalah laluan perarakan dan reruai kementerian serta agensi di tapak MADANI Thaipusam yang menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada pengunjung, termasuk pemeriksaan kesihatan.

Dalam lawatan kira-kira sejam itu, Anwar meluangkan masa beramah mesra dengan penganut dan sukarelawan yang terlibat dalam persiapan sambutan, lapor Bernama.

Selain itu, beliau sempat menghadiri taklimat bersama pihak pengurusan bagi memastikan sambutan berlangsung lancar dan selamat.

Perarakan pedati dari Kuil Sri Maha Mariamman Dhevasthanam di Jalan Tun HS Lee menuju ke Batu Caves bermula jam 9 malam ini, menandakan bermulanya sambutan Thaipusam.

Bagi melancarkan perarakan, sebanyak 12 persimpangan jalan di sekitar ibu negara akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat.

Laluan itu termasuk persimpangan Jalan Leboh Ampang/Jalan Perak, Jalan Tun Perak/Jalan Pudu, Jalan Tun Tan Cheng Lock/Jalan Sultan, Jalan Sultan/Jalan Hang Jebat serta Jalan Sultan/Jalan Petaling.

Related Posts

Kenyataan Alexander Nanta luahan kekecewaan rakyat Sarawak – Abdul Karim

KUCHING – Kenyataan Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi yang meluahkan rasa kecewa terhadap pertikaian politik tanpa henti di Semenanjung disifatkan sebagai manifestasi perasaan sebenar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BUDI95 kurangkan ketirisan, jimat RM4 bilion setahun – MOF

PELAKSANAAN subsidi bersasar petrol RON95 menerusi inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dijangka dapat mengurangkan ketirisan subsidi serta menjana penjimatan fiskal antara RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun, kata Kementerian Kewangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar luang masa tinjau persiapan Thaipusam

Anwar luang masa tinjau persiapan Thaipusam

PAT Perlis buka tirai kalendar pelancongan budaya TMM 2026

PAT Perlis buka tirai kalendar pelancongan budaya TMM 2026

Di mana kedudukan Mursyidul Am dan Majlis Syura Pas?

Di mana kedudukan Mursyidul Am dan Majlis Syura Pas?

Pasangan warga emas didakwa miliki senjata api dan dadah

Pasangan warga emas didakwa miliki senjata api dan dadah

1,030 murid Betong terima bantuan persekolahan

1,030 murid Betong terima bantuan persekolahan

Integrasi STILE perkukuh pengurusan trafik Sri Aman

Integrasi STILE perkukuh pengurusan trafik Sri Aman