Anutin Charnvirakul PM baharu Thailand

BANGKOK – Anutin Charnvirakul dipilih Perdana Menteri baharu Thailand hari ini, sekali gus menamatkan kebuntuan politik yang tercetus selepas dinasti politik utama negara itu digulingkan sekali lagi.

Anutin, 58, memperoleh sokongan besar dalam pengundian Parlimen, menewaskan calon daripada parti dikuasai keluarga Shinawatra.

Dengan sokongan padu dari blok pembangkang, beliau melepasi ambang undian majoriti di Dewan Rendah, menamatkan drama perebutan kuasa yang menyaksikan beliau berjaya menewaskan parti paling dominan dalam sejarah politik Thailand.

Kekosongan jawatan itu berlaku sejak minggu lalu apabila Paetongtarn Shinawatra disingkirkan Mahkamah Perlembagaan kerana melanggar etika.

Selain itu, pemilihan turut dibayangi ‘kehilangan’ mengejut bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra, tokoh politik paling berpengaruh di Thailand.

Anutin, pewaris empayar kejuruteraan pembinaan dan pemimpin Parti Bhumjaithai, pernah berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan Menteri Kesihatan negara itu.

Beliau terkenal kerana melaksanakan dasar pengesahan ganja bagi kegunaan rekreasi pada 2022 serta mengetuai tindak balas kerajaan terhadap pandemik COVID-19.

Related Posts

Poland dakwa tembak jatuh dron Rusia

WARSAW – Poland menembak jatuh dron dipercayai milik Rusia di ruang udara negara itu, semalam. Ia adalah tembakan langsung pertama dilancarkan negara anggota Perjanjian Pertubuhan Atlantik Utara (NATO) setelah konflik…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pempengaruh, sekutu rapat Trump maut ditembak

LOS ANGELES – Aktivis konservatif dan pempengaruh politik Amerika Syarikat (AS), Charlie Kirk, yang juga sekutu rapat Presiden Donald Trump, ditembak mati ketika sedang berucap di sebuah acara di Utah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rumah kongsi 16 pintu, kereta dan motosikal terbakar di Tawau

  • By Fatin
  • September 12, 2025
Rumah kongsi 16 pintu, kereta dan motosikal terbakar di Tawau

Kastam Johor tumpaskan cubaan seludup air zamzam, cecair vape

Kastam Johor tumpaskan cubaan seludup air zamzam, cecair vape

Fitnah, bina persepsi palsu terhadap Fadhlina, PKR Kimanis buat 2 laporan polis

  • By Ithma
  • September 12, 2025
Fitnah, bina persepsi palsu terhadap Fadhlina, PKR Kimanis buat 2 laporan polis

Tubuh jawatankuasa diraja pisahkan peranan Peguam Negara, Pendakwa Raya

Tubuh jawatankuasa diraja pisahkan peranan Peguam Negara, Pendakwa Raya

179 mangsa banjir dpindah ke 4 PPS Penampang

  • By Fatin
  • September 12, 2025
179 mangsa banjir dpindah ke 4 PPS Penampang

United ‘jual’ Onana kepada Trabzonspor

United ‘jual’ Onana kepada Trabzonspor