Ahli Parlimen pembangkang gagal bahas belanjawan dengan bijak

ALOR SETAR – Rakyat di negara ini kian kecewa dengan ahli Parlimen pembangkang yang menjadikan Parlimen sebagai ‘kedai kopi’ dalam membahaskan belanjawan negara baru- baru ini.

Ahli Parlimen pembangkang gagal membahaskan belanjawan negara seperti yang diharapkan oleh pengundi mereka supaya saluran itu menjadi tempat untuk memperjuangkan segala masalah ekonomi, kehidupan, pendidikan dan sebagainya.

Apa yang menyedihkan ramai dalam kalangan ahli Parlimen pembangkang langsung tidak menunjukkan pemimpin yang bijak dalam menengahkan segala masalah yang dihadapi oleh rakyat.

Malah segala rujukan mereka untuk dibahaskan pula jauh ‘ke laut’ dengan bersumberkan maklumat melalui Facebook, WhatsApp, surat layang dan khabar angin.

Persoalannya inikah ahli Parlimen yang dilahirkan di Malaysia hari ini yang secara tidak langsung menonjolkan ‘kenaifan’ mereka dalam setiap kali perbahasan.

Penganalisis politik tempatan, Datuk Syed Azuan Syed Ahmad Al Idrus berkata, memang sidang Parlimen pada kali ini sungguh mengecewakan terutamanya dari pihak ahli Parlimen pembangkang.

Katanya, kebanyakan mereka kurang pengalaman membahas walaupun sesetengah mereka berlatarbelakangkan bidang profesional apatah lagi mereka hanya berpendidikan pengajian Islam.

“Saya melihat kebanyakan mereka mengambil sumber dari TikTok, WhatsApp, Facebook malah sanggup menfitnah. Sumber ini tidak boleh dijadikan hujah kerana tanpa fakta dan ia boleh mendatangkan fitnah.

“Kebanyakan ahli Parlimen dari Pas tidak mempunyai latar belakang seorang ahli politik dan sebab itu segala hujah mereka ‘merapu’ dan tidak sesuai untuk dibahaskan dalam belanjawan kali ini,” katanya.

Jelasnya lagi, majoriti ahli Parlimen dari Pas tidak tahu tatakelola dalam pentadbiran dan kebanyakan daripada mereka hanya pandai memberi ceramah atau pidato di surau, masjid atau pentas ceramah Pas sahaja.

“Pengundi yang pilih wakil mereka itu cuma tahu membaca al-Quran, pandai ikat serban atau membaca talqin dan bersyarah sambil minta derma.

“Ini tidak bermakna kita menolak golongan agamawan untuk berpolitik. Bagaimanapun kita perlu mencontohi Rasulullah SAW walaupun seorang pendakwah tetapi baginda juga seorang pemimpin, pendidik dan ahli koporat.

Tambahnya, latar belakang ini menyebabkan baginda mampu melakukan pentadbiran dengan baik dan tidak semata-mata hanya pandai mengeluarkan dalil atau fatwa sahaja.

“Ini berbeza dengan agamawan kita terutamanya dari Pas hanya pandai berhujah dengan al-Quran tetapi gagal melaksanakan tugas sebagai pemimpin. Oleh itu tidak hairanlah pada hari ini mereka gagal membahas belanjawan dengan baik hingga menjadi bahan lawak semasa.

“Adalah sangat memalukan apabila ada dalam kalangan Ahli Parlimen Pas sanggup membuat fitnah dengan bersahaja di dalam perbahasan dan ini pasti mencalar imej mereka yang dikatakan berjuang atas landasan Islam,” katanya.

Bagaimanapun melalui media hari ini rakyat boleh menilai kewibawaan wakil mereka di Parlimen.

Adalah malang sama sekali apabila rakyat mendapat ahli Parlimen sedemikian yang gagal menjalankan tugas mereka dengan baik.

“Kemenangan mereka sebenarnya bukan di atas kebijaksanaan tetapi lebih ‘bernasib baik’ kerana gelombang hijau pada masa itu yang memomokkan isu 3R hingga rakyat terpengaruh untuk memilih mereka semasa pilihan raya lalu,” katanya.

Syed Azuan jua berkata, sehingga hari ini pembangkang masih lagi gagal untuk membentang belanjawan alternatif seperti yang dilakukan oleh Pakatan Harapan melakukannya semasa menjadi pembangkang.

Ini jelas menunjukkan ahli Parlimen dari pembangkang ketandusan idea dalam membentang belanjawan dengan lebih baik ketimbang Kerajaan Perpaduan dan sudah sampai masanya rakyat perlu menolaknya pada pilihan raya akan datang.

Related Posts

Koordinasi calon BN, Lamag berjalan baik – MIHA

KINABATANGAN – Kerjasama antara calon dan jentera BN bagi Parlimen Kinabatangan serta DUN Lamag sentiasa berjalan dengan baik sejak Hari Penamaan Calon. Demikian ditegaskan Calon Lamag, Mohd Ismail Ayob (MIHA)…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR Kedah mahu tawan semula kerusi Parlimen, DUN

ALOR SETAR – PKR Kedah menyasarkan usaha memenangkan kembali kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini menerusi perancangan gerak kerja strategik yang lebih tersusun dan berkesan. Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Putatan berpotensi jadi Pekan Durian Tahunan, Pusat Aktiviti Pertanian Komuniti

Putatan berpotensi jadi Pekan Durian Tahunan, Pusat Aktiviti Pertanian Komuniti

Lelaki 40-an lemas semasa aktiviti rafting di Nabawan

  • By Ynom
  • January 16, 2026
Lelaki 40-an lemas semasa aktiviti rafting di Nabawan

APM Limbang perkasa kesiapsiagaan pelajar asrama hadapi kecemasan

APM Limbang perkasa kesiapsiagaan pelajar asrama hadapi kecemasan

BAP 2026: Kerajaan MADANI peruntuk RM76.29 juta, lebih 508,000 murid Sabah terima manfaat

BAP 2026: Kerajaan MADANI peruntuk RM76.29 juta, lebih 508,000 murid Sabah terima manfaat

1,088 bakul makanan diagih kepada mangsa banjir di Mukah

1,088 bakul makanan diagih kepada mangsa banjir di Mukah

Koordinasi calon BN, Lamag berjalan baik – MIHA

  • By Fatin
  • January 16, 2026
Koordinasi calon BN, Lamag berjalan baik – MIHA