Pengawal keselamatan dipercayai ‘microsleep’, maut kemalangan

TAWAU – Seorang wanita yang juga pengawal keselamatan di Hospital Tawau dipercayai ‘microsleep’ (terlelap) ketika memandu maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Bombalai, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata,
dalam kejadian kira-kira pukul 7.40 pagi itu, mangsa berumur 38 tahun yang memandu kereta Viva meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu kenderaan Saga iaitu wanita berumur 35 tahun mengalami kecederaan di bahagian tengkuk dan perut.

Katanya, pemandu pikap (Hilux) wanita 31 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati mangsa maut baru pulang kerja bergerak dari arah bandar Tawau menuju ke Merotai dipercayai terlelap ketika melalui satu selekoh lalu memasuki laluan bertentangan.

“Kenderaan tersebut kemudiannya bertembung dengan sebuah Proton Saga sebelum berpusing semula ke laluannya lalu bertembung dengan kenderaan pikap.

“Kejadian kemalangan turut dirakam melalui kamera papan pemuka kenderaan pikap berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, pada Khamis.

Menurut Jasmin, mangsa didapati tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dan berjaya dikeluarkan oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Tawau.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, Jasmin menasihatkan orang ramai agar tidak memandu dalam keadaan mengantuk atau keletihan kerana ia boleh membahayakan diri sendiri serta pengguna jalan raya yang lain.

Related Posts

BABSAR 2026 platform gilap bakat seni belia Sabah – Mustapha

KOTA KINABALU – Program Pencarian Bakat Belia MADANI Sabah (BABSAR) 2026 menjadi platform penting untuk mencungkil dan menggilap bakat seni generasi muda di Borneo. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
TBS Daro santuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi

DARO – Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) Cawangan Daro menyantuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi 2026 dengan kerjasama 16 institusi bagi memperkukuh kebajikan golongan memerlukan di daerah ini. Program…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BABSAR 2026 platform gilap bakat seni belia Sabah – Mustapha

BABSAR 2026 platform gilap bakat seni belia Sabah – Mustapha

Pendang, Kuala Krai catat kes dadah tertinggi negara

Pendang, Kuala Krai catat kes dadah tertinggi negara

Sukan bukan sekadar untuk kesihatan, wadah pupuk perpaduan – Hasbi

Sukan bukan sekadar untuk kesihatan, wadah pupuk perpaduan – Hasbi

TBS Daro santuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi

TBS Daro santuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi

Setiap daerah perlu bangunkan produk pelancongan tersendiri – Hajiji

Setiap daerah perlu bangunkan produk pelancongan tersendiri – Hajiji

Semangat ‘berderau’ angkat nilai kerjasama komuniti FELDA Jengka 24

Semangat ‘berderau’ angkat nilai kerjasama komuniti FELDA Jengka 24