Kerajaan Sabah perkasa kerjasama strategik dengan IDS

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri akan memperkasa kerjasama strategik dengan Institut Kajian Pembangunan (IDS) Sabah bagi memastikan setiap dasar pembangunan yang dirangka memberi manfaat menyeluruh kepada rakyat di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, sinergi itu penting dalam memastikan perancangan pembangunan lebih tersusun dan berimpak tinggi melalui penggunaan data serta penyelidikan yang mendalam.

“Kerjasama ini juga memberi tumpuan kepada pembentangan kajian serta cadangan dasar dalam memperkukuh pengurusan aset secara strategik serta meneroka potensi baharu dalam sektor berimpak tinggi.

“Langkah ini bertujuan mempelbagaikan hasil negeri bagi mengurangkan kebergantungan kepada sumber tradisional, sekali gus menjadikan Sabah sebuah negeri yang lebih berdaya saing dan berdaya tahan,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Khamis.

Mengulas lanjut mengenai hala tuju ekonomi tersebut, Masidi turut menekankan keperluan memperkasakan produk tempatan Sabah sebagai antara pemacu utama ekonomi negeri melalui penekanan terhadap aspek peningkatan kualiti, penjenamaan serta kebolehpasaran.

“Produk tempatan mempunyai potensi besar untuk diketengahkan dan perlu diberi sokongan berterusan agar mampu bersaing di pasaran yang lebih luas, sama ada di peringkat domestik mahupun antarabangsa,” tegasnya.

Masidi mempengerusikan mesyuarat bersama IDS Sabah bagi membincangkan hala tuju pembangunan dan strategi ekonomi negeri di pejabatnya, pada Rabu.

Hadir sama dalam mesyuarat tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif IDS, Datuk Ts. Dr. Ramzah Dambul; Ketua Pegawai Penyelidikan IDS Sabah, Victor Sikain serta rombongan kakitangan IDS.

Related Posts

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

TEMERLOH – Pemandu dan penumpang sebuah kereta dipercayai rentung selepas dihempap lori tangki yang membawa muatan 32,000 liter diesel serta petrol sebelum terbakar di Kilometer 9 Jalan Temerloh–Triang, petang tadi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

SEMPORNA – Kerajaan disaran meneliti pemberian bantuan khas atau memperluaskan skim sokongan sedia ada kepada guru yang bertugas di kawasan luar bandar dan kepulauan bagi membantu menampung kos pengangkutan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff