Penjawat awam Pahang kerja dari rumah dua hari seminggu

KUANTAN – Kerajaan Pahang akan melaksanakan dasar bekerja dari rumah (BDR) dua hari seminggu – secara giliran – kepada penjawat awam negeri berkuat kuasa minggu hadapan.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, keputusan itu dibuat semasa Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini, selepas mengambil kira keresahan rakyat serta cabaran peningkatan kos sara hidup berikutan konflik di Asia Barat.

“Pelaksanaan dasar ini akan dibuat secara tersusun dan berjadual tanpa menjejaskan kecekapan operasi serta penyampaian perkhidmatan kerajaan negeri kepada rakyat.

“Ketua-ketua jabatan dan agensi akan menyelaras pelaksanaannya berdasarkan keperluan perkhidmatan serta fungsi jabatan masing-masing,” katanya, lapor Bernama.

Beliau turut berharap penjawat awam negeri terus mengekalkan disiplin, integriti dan produktiviti yang tinggi sepanjang pelaksanaan dasar itu.

Wan Rosdy berkata, pelaksanaan dasar berkenaan akan dipantau melalui prosedur operasi standard (SOP) tertentu bagi memastikan tiada gangguan terhadap produktiviti serta mengelakkan sebarang kekosongan dalam penyampaian perkhidmatan.

“Dasar BDR itu akan ditentukan berdasarkan keadaan semasa dan boleh disemak semula apabila keadaan kembali pulih.

“Kita telah pun laksanakan (BDR) semasa pandemik COVID-19, mungkin ada penambahbaikan yang kita akan laksanakan,” katanya.

Related Posts

Dua nelayan dilapor hilang ditemukan lemas selepas bot karam

PARIT BUNTAR – Misteri kehilangan dua nelayan yang dilaporkan hilang pada Rabu terjawab apabila kedua-dua mereka ditemukan lemas selepas bot yang dinaiki karam di perairan Pulau Pasir Hitam, Kuala Terong,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Inkues Zara: Tiada bukti konklusif catatan ditulis pihak lain – Pakar

PAPAR – Mahkamah Koroner pada Khamis diberitahu pakar tulisan tangan dan pemeriksa dokumen forensik, ChM Dr Linthini Gannetion, tidak dapat membuat kesimpulan muktamad bahawa sebahagian catatan yang dipertikaikan bukan ditulis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua nelayan dilapor hilang ditemukan lemas selepas bot karam

Dua nelayan dilapor hilang ditemukan lemas selepas bot karam

Inkues Zara: Tiada bukti konklusif catatan ditulis pihak lain – Pakar

Inkues Zara: Tiada bukti konklusif catatan ditulis pihak lain – Pakar

KPDN Sabah peroleh sabitan kedua syarikat pembinaan ingkar Award TTPM

KPDN Sabah peroleh sabitan kedua syarikat pembinaan ingkar Award TTPM

IPD Saratok perkukuh integriti, teknologi dan usaha banteras dadah

IPD Saratok perkukuh integriti, teknologi dan usaha banteras dadah

Pemain industri diminta tidak bimbang sertai Banci Ekonomi 2026

Pemain industri diminta tidak bimbang sertai Banci Ekonomi 2026

MP Shah Alam tinjau laluan pejalan kaki stesen LRT Stadium Shah Alam 

MP Shah Alam tinjau laluan pejalan kaki stesen LRT Stadium Shah Alam