Kerajaan tekankan ketelusan penyampaian realiti ekonomi kepada rakyat – PM

KUALA LUMPUR – Kerajaan menegaskan keperluan untuk memaklumkan keadaan ekonomi negara secara jelas dan telus kepada rakyat, terutamanya berikutan tekanan kos global yang meningkat dan kebergantungan negara terhadap import gas serta baja.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, situasi ini wajar dilihat sebagai ‘gangguan kreatif’ yang bukan sahaja menimbulkan cabaran, malah membuka ruang kepada pembaharuan dan peluang baharu.

“Ini adalah masa untuk kita melihat isu ini sebagai ‘gangguan kreatif”. Kita berdepan krisis, namun dalam masa sama terdapat peluang yang boleh dimanfaatkan,” katanya lapor BH.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Forum Ilmuwan Malaysia MADANI Siri 9 bertajuk Memacu Ekonomi Malaysia: Peranan Sektor Kewangan dan Reformasi Struktur Dalam Mendepani Ketidaktentuan Geopolitik Global di sini, malam tadi.

Turut menjadi panel forum itu ialah Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan; Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour; serta Ketua Ekonomi Bank Dunia Malaysia, Dr Apurva Sanghi.

Anwar turut mengingatkan bahawa penekanan berlebihan terhadap peluang daripada krisis boleh menjejaskan pemahaman rakyat mengenai cabaran sebenar yang dihadapi negara.

“Kita tidak boleh terlalu menumpukan kepada peluang sehingga rakyat tidak memahami bahawa kita sebenarnya berdepan masalah yang serius. Walaupun Malaysia lebih bernasib baik berbanding beberapa negara jiran, tekanan itu tetap wujud,” katanya.

Beliau menjelaskan laporan semasa menunjukkan Malaysia masih mengimport dalam jumlah besar bahan asas seperti gas dan baja untuk sektor pertanian, sekali gus mendedahkan ekonomi negara kepada risiko luaran.

Sehubungan itu, Anwar berkata, kerajaan perlu memastikan maklumat disampaikan secara telus dan berfakta agar rakyat memahami situasi sebenar, walaupun berdepan kritikan daripada sesetengah pihak.

“Ada yang akan faham, ada juga yang kekal skeptikal dan menentang dasar. Namun, kita mesti telus dalam penyampaian maklumat,” katanya.

Perdana Menteri turut menekankan kepentingan pendedahan maklumat makroekonomi kepada rakyat dan penjawat awam bagi mengelakkan salah faham terhadap dasar kerajaan.

Beliau turut melahirkan kebimbangan terhadap pendekatan sesetengah kementerian yang masih bergerak secara berasingan, sedangkan situasi semasa memerlukan penyelarasan menyeluruh, khususnya ketika kerajaan menanggung beban subsidi petroleum melebihi RM4 bilion sebulan.

Mengulas perkembangan global, Anwar berharap konflik di Timur Tengah tidak berlarutan kerana ia memberi kesan langsung kepada rantaian bekalan dan harga komoditi dunia.

“Perkara itu di luar kawalan kita, namun kita mesti bersedia dengan daya tahan ekonomi yang kukuh,” katanya.

Anwar menegaskan semangat perpaduan dan tujuan nasional perlu diperkukuh supaya negara mampu menghadapi cabaran secara bersama.

“Kita perlu menghadapi situasi ini dengan semangat kebersamaan. Ini adalah tanggungjawab bersama, dan semua pihak termasuk kepimpinan ekonomi perlu turun padang bagi menjelaskan isu ini dalam bahasa yang mudah difahami rakyat,” katanya.

Related Posts

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

NEW DELHI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan fasa kedua lawatan kerjanya ke India dengan tiba di negeri bersejarah Keralam (nama baharu bagi Kerala) malam ini, sejurus memuktamadkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

KUANTAN – Program MADANI Kita 2026 di Tanjung Api menghimpunkan pelbagai perkhidmatan dan inisiatif kerajaan bagi membolehkan masyarakat mendapatkan bantuan, maklumat serta barangan keperluan pada harga lebih berpatutan secara terus…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu