Isu kapasiti, kemudahan hospital jadi keutamaan – Julita

KOTA KINABALU – Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Julita Majungki, mengadakan lawatan kerja ke beberapa hospital negeri sebagai langkah proaktif kerajaan menangani cabaran sebenar di lapangan.

Menurut Julita, lawatan tersebut menekankan keperluan segera untuk menaik taraf kemudahan serta meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan, berikutan tekanan yang semakin meningkat terhadap sistem hospital di Sabah.

“Daripada keseluruhan 24 hospital di Sabah, hanya dua yang sempat dilawati, termasuk Hospital Duchess of Kent sebelum ini.

‘’Melalui lawatan ini, saya mendapat gambaran awal bahawa masih banyak isu akar umbi yang perlu dikenal pasti secara langsung.

‘’Ia penting untuk melihat sendiri operasi hospital dan memahami keperluan sebenar, bukan hanya berdasarkan laporan di atas kertas,” katanya dalam kenyataan media di sini pada Selasa.

Tambah Julita, antara isu segera yang telah dikenal pasti ialah kekangan kemudahan asas seperti tempat letak kereta, yang bukan sekadar masalah kecil tetapi menjejaskan kecekapan operasi hospital.

‘’Masalah ini memberi tekanan bukan sahaja kepada pesakit dan pelawat, tetapi juga doktor, jururawat dan kakitangan sokongan yang bergantung kepada akses mudah ke tempat kerja.

‘’Melalui pemerhatian ini, timbul persoalan lebih besar mengenai keupayaan infrastruktur hospital di Sabah menampung keperluan semasa, terutama di kawasan bandar padat seperti Kota Kinabalu,’’ kongsinya.

Dalam masa sama, Julita berkata, usaha menaik taraf Pusat Jantung Sabah di HQE II dilihat sebagai projek kritikal bagi masa depan perkhidmatan kesihatan pakar di negeri ini.

“Kerja-kerja awal sedang dijalankan, termasuk penyediaan ruang khas dalam bangunan sedia ada, walaupun pembinaan fizikal penuh belum dimulakan.

‘’Beberapa fasa sedang dirancang dan dilaksanakan bagi memastikan pusat ini benar-benar mampu memenuhi keperluan pesakit jantung di Sabah,” ujarnya.

Tambah Julita, projek tersebut penting kerana sebelum ini, pesakit Sabah terpaksa bergantung kepada fasiliti di luar negeri, ia secara tidak langsung akan menjadikan Pusat Jantung Sabah sebagai indikator komitmen kerajaan dalam memperkukuh rawatan kepakaran tempatan.

‘’Lawatan kerja ini mencerminkan pendekatan kementerian yang lebih berpandukan realiti di lapangan berbanding pentadbiran jarak jauh.

‘’Dengan penglibatan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, kementerian berusaha mempercepat penyelarasan antara kerajaan negeri dan Persekutuan, terutamanya dalam isu yang memerlukan kerjasama kedua-dua pihak.

“Kehadiran pegawai kanan, termasuk Pembantu Menteri, Setiausaha Tetap dan pengurusan hospital, menunjukkan lawatan ini bukan sekadar simbolik, sebaliknya berpotensi menjadi titik mula kepada pembaharuan lebih menyeluruh dalam sistem kesihatan negeri.

“Cabaran sebenar terletak pada pelaksanaan, iaitu sejauh mana dapatan di lapangan dapat diterjemahkan kepada tindakan konkrit,’’ tegasnya.

Dengan baki 22 hospital yang masih belum dilawati, Julita berkata, tumpuan kini diberikan kepada konsistensi pendekatan dan keupayaan kerajaan negeri menangani isu struktur yang telah lama membelenggu sektor kesihatan Sabah.

Related Posts

Anwar tegaskan keutamaan pembangunan Sabah termasuk daerah terpencil

SIPITANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa pembangunan di Sabah mesti dinikmati secara menyeluruh sehingga ke kawasan pedalaman dan daerah terpencil, bukan hanya tertumpu di bandar utama.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PRN Sarawak: Komuniti Ngemah diseru terus bersatu padu

Oleh: Nana Mohamad & Eveline B KANOWIT – Masyarakat di kawasan Ngemah diseru supaya terus mengekalkan semangat perpaduan bagi memastikan pembangunan dapat dilaksanakan dengan lancar, khususnya menjelang Pilihan Raya Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bekalan tenaga kini cabaran besar dunia – PMX

Bekalan tenaga kini cabaran besar dunia – PMX

Anwar tegaskan keutamaan pembangunan Sabah termasuk daerah terpencil

Anwar tegaskan keutamaan pembangunan Sabah termasuk daerah terpencil

Platform media sosial perlu bertindak pantas kekang berita palsu menjelang PRN – Fahmi

Platform media sosial perlu bertindak pantas kekang berita palsu menjelang PRN – Fahmi

PRN Sarawak: Komuniti Ngemah diseru terus bersatu padu

PRN Sarawak: Komuniti Ngemah diseru terus bersatu padu

Gadis pengsan ketika mendaki bukit bersama 18 rakan

Gadis pengsan ketika mendaki bukit bersama 18 rakan

Albert Tei terima pelawaan debat KP JKOM

Albert Tei terima pelawaan debat KP JKOM