Penduduk Kampung Ulu Mahang tak sangka cuaca panas bertukar angin ribut

KULIM – Suasana tenang petang semalam bertukar cemas apabila ribut kuat melanda Kampung Ulu Mahang, di sini sehingga mengakibatkan sekurang-kurangnya 18 buah rumah mengalami kerosakan.

Seorang penduduk, Amirul Ikwan Abu Bakar, 32, berkata, ketika kejadian pukul 5 petang itu, dia berada di ruang tamu bersama isterinya, Norfatiha Azman, 31, serta seorang anak dan dua anak asuhan mereka.

Katanya, kawasan rumah dilanda hujan lebat sebelum dia ternampak kabus putih disusuli bunyi dentuman kuat dari arah dapur.

“Dalam masa beberapa saat, kira-kira 15 keping bumbung zink diterbangkan angin. Kami hanya mampu peluk anak-anak yang menangis ketakutan, memang tak sempat nak selamatkan barang.

“Ini kali pertama saya berdepan kejadian seperti ini sepanjang 40 tahun tinggal di sini, lemah lutut tengok apa yang berlaku. Tidak sangka hujan sebab dah lama cuaca panas,” katanya ketika ditemui hari ini.

Seorang lagi penduduk, Mohammad Suhaimi Abu Bakar, 43, berkata, dia yang baru pulang kerja terkejut mendengar bunyi dentuman sebelum bumbung rumahnya tercabut dan diterbangkan angin ke atas bukit berhampiran sejauh kira-kira lima meter.

“Bahagian ruang tamu rosak, mujur masih ada siling tetapi air bertakung. Kesemua barangan termasuk perabot dan karpet basah. Sekarang kami sekeluarga terpaksa menumpang di rumah adik,” ujarnya.

Related Posts

Jualan Rahmah MADANI bantu rakyat berjimat, ringankan kos sara hidup

PORT DICKSON – Inisiatif Program Jualan Rahmah MADANI yang berlangsung selama dua hari di Dewan Serbaguna Kampung Sawah di sini mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat yang menyifatkan program berkenaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Program Jom Tukar Topi Keledar: Terima kasih PMX, terima kasih Kerajaan MADANI!

PORT DICKSON – Rata-rata penerima manfaat menzahirkan rasa gembira dan penghargaan kepada Kerajaan MADANI serta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, atas pelaksanaan Program Jom Tukar Topi Keledar yang diadakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jualan Rahmah MADANI bantu rakyat berjimat, ringankan kos sara hidup

Jualan Rahmah MADANI bantu rakyat berjimat, ringankan kos sara hidup

Program Jom Tukar Topi Keledar: Terima kasih PMX, terima kasih Kerajaan MADANI!

Program Jom Tukar Topi Keledar: Terima kasih PMX, terima kasih Kerajaan MADANI!

Langgar Akta Perikanan 1985, Maritim rampas 108 bubu naga haram di perairan Perak

Langgar Akta Perikanan 1985, Maritim rampas 108 bubu naga haram di perairan Perak

Chuah contoh perpaduan, komuniti pelbagai kaum hadir Program MADANI KITA – Bahria

Chuah contoh perpaduan, komuniti pelbagai kaum hadir Program MADANI KITA – Bahria

Nelayan ditemukan lemas selepas tiga hari Ops Carilamat

Nelayan ditemukan lemas selepas tiga hari Ops Carilamat

Kerajaan sentiasa utamakan suara rakyat, bukan hanya kejar pemerkasaan ekonomi

Kerajaan sentiasa utamakan suara rakyat, bukan hanya kejar pemerkasaan ekonomi