Media tradisional paling dipercayai walaupun maklumat awal diperoleh melalui media sosial

MEDIA tradisional seperti televisyen, radio dan surat khabar masih mencatat tahap kepercayaan yang tinggi dalam kalangan masyarakat walaupun kebanyakan rakyat memperoleh maklumat awal melalui aplikasi media sosial.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, dapatan kajian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menunjukkan kira-kira 87 hingga 90 peratus rakyat Malaysia berusia antara 18 hingga 35 tahun mendapatkan maklumat pertama mengenai sesuatu isu melalui platform seperti WhatsApp, diikuti TikTok dan Facebook.

“Namun, tahap kepercayaan terhadap maklumat daripada platform ini adalah rendah, sekitar 40 hingga 50 peratus sahaja… berbeza dengan televisyen, radio dan surat khabar, mereka jarang baca tapi bila mereka temui, dengar dan menonton sesuatu, tahap kepercayaan itu sangat tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu program Bicara Naratif Penyiaran Era Digital: Kewibawaan Media Dalam Landskap Baharu terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM), malam ini.

Fahmi berkata, dapatan itu menggambarkan satu paradoks dalam landskap media masa kini apabila masyarakat mudah mengakses maklumat melalui telefon pintar, namun pada masa sama lebih mempercayai kandungan yang disiarkan oleh media arus perdana.

Menurut beliau, perkembangan teknologi digital turut mengubah kitaran penyampaian berita sehingga organisasi media perlu menyesuaikan pendekatan mereka dengan kepantasan penyebaran maklumat.

“Jika dahulu, orang menunggu waktu tertentu seperti buletin utama pukul 8 malam untuk mendapatkan berita, kini ada ada news flash, maklumat boleh disebarkan pada bila-bila masa secara serta-merta,” katanya.

Fahmi berkata, fenomena kandungan tular di media sosial turut meningkatkan cabaran kepada organisasi media untuk mengekalkan keseimbangan antara kecepatan dan ketepatan maklumat yang disampaikan.

“Konsep tular ini antara yang paling digeruni media… jika kandungan tular itu positif tidak menjadi masalah namun jika sebaliknya, ia boleh memberi kesan buruk kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata, pematuhan kepada etika kewartawanan menjadi pembeza utama antara organisasi media profesional dengan kandungan yang dihasilkan oleh orang awam di media sosial.

“Dalam keadaan lambakan maklumat dan kemunculan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI), etika kewartawanan perlu terus menjadi teras bagi memastikan maklumat yang disampaikan adalah sahih dan boleh dipercayai,” katanya.

Mengulas perkembangan teknologi kecerdasan buatan, Fahmi berkata masyarakat ketika ini masih berada pada peringkat awal dalam meneroka potensi teknologi berkenaan.

Beliau bagaimanapun menjangkakan akan berlaku peralihan semula kepada kandungan yang lebih asli serta mempunyai unsur kemanusiaan pada masa hadapan.

Sementara itu, Ketua Pengarah Penyiaran, Ashwad Ismail berkata, organisasi media perlu memperhalusi strategi kandungan dalam landskap media yang semakin dipacu algoritma dengan menghasilkan bahan lebih khusus atau niche mengikut minat audiens.

Beliau turut menegaskan kepentingan kawal selia penggunaan teknologi kecerdasan buatan bagi mengelakkan penyalahgunaan teknologi berkenaan.

“Dalam era teknologi yang semakin maju, manusia perlu terus diperkasa kerana baik atau buruk sesuatu teknologi bergantung kepada individu yang menggunakannya,” katanya.

Related Posts

Ahli PKR sertai Bersama tidak jejas kekuatan parti – AMK

AYER KEROH – Angkatan Muda Keadilan (AMK) menegaskan tindakan segelintir ahli PKR meninggalkan parti untuk menyertai Parti Bersama Malaysia (Bersama) tidak menjejaskan kestabilan organisasi atau perjalanan parti itu. Ketua AMK,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
ECRL Kota Bharu-Gombak disasar beroperasi Disember ini

GOMBAK – Perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Fasa 1 yang menghubungkan Kota Bharu ke Gombak disasarkan mula beroperasi pada Disember ini, lebih awal berbanding jadual asal pada Januari 2027.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Karnival Agrikomuniti MADANI sedia platform bantu tingkat pendapatan pekebun kecil

Karnival Agrikomuniti MADANI sedia platform bantu tingkat pendapatan pekebun kecil

Ahli PKR sertai Bersama tidak jejas kekuatan parti – AMK

Ahli PKR sertai Bersama tidak jejas kekuatan parti – AMK

ECRL Kota Bharu-Gombak disasar beroperasi Disember ini

ECRL Kota Bharu-Gombak disasar beroperasi Disember ini

BAS.MY Kota Kinabalu beroperasi sepenuhnya di lapan laluan

  • By Ezmie
  • August 14, 2026
BAS.MY Kota Kinabalu beroperasi sepenuhnya di lapan laluan

PKR Pahang tunggu penjelasan penganjur program di Cenderawasih

PKR Pahang tunggu penjelasan penganjur program di Cenderawasih

Perkembangan ekonomi Malaysia tidak bergantung AI, semikonduktor – BNM

Perkembangan ekonomi Malaysia tidak bergantung AI, semikonduktor – BNM