CIS sumbang RM1 juta, perkukuh agenda pembangunan bola sepak Sabah

KOTA KINABALU – Sektor pembangunan bola sepak Sabah terus menerima suntikan positif apabila Cement Industries (Sabah) Sdn. Bhd. (CIS) menyalurkan sumbangan berjumlah RM1 juta kepada Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA).

Pengerusi CIS, Datuk Japlin Akim berkata, sumbangan tersebut disifatkan sebagai langkah signifikan dalam memperkukuh usaha pembangunan bola sepak negeri, khususnya dalam melahirkan bakat baharu serta meningkatkan daya saing pasukan Sabah di peringkat nasional.

“Sumbangan ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan CIS dalam menyokong pembangunan sukan di Sabah, selaras dengan usaha memperkasa ekosistem bola sepak negeri secara menyeluruh.

“CIS percaya bola sepak bukan sekadar sukan, malah menjadi platform penting dalam membentuk disiplin, semangat berpasukan serta jati diri dalam kalangan generasi muda.

“Sehubungan itu, sokongan berterusan daripada sektor korporat amat penting bagi memastikan pembangunan bola sepak Sabah dapat dilaksanakan secara mampan dan berimpak tinggi,” ujarnya selepas menyerahkan cek cura sumbangan berkenaan dalam satu majlis ringkas di pejabat SAFA, pada Selasa.

Tambah Japlin, inisiatif tersebut mencerminkan komitmen tinggi CIS dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR), khususnya dalam bidang pembangunan komuniti, pendidikan dan sukan di Sabah.

Sementara itu, Pemangku Presiden SAFA, Datuk Awang Kadin Tang menyifatkan sumbangan berkenaan sebagai pemangkin utama dalam memperkukuh perancangan strategik SAFA, termasuk pembangunan akar umbi, pengurusan pasukan serta peningkatan prestasi dalam saingan liga tempatan.

“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada CIS atas keprihatinan dan sokongan berterusan yang disifatkan bukan sahaja membantu dari sudut kewangan, malah memberi suntikan moral kepada seluruh warga bola sepak Sabah.

“Sumbangan ini amat bermakna dalam memastikan kesinambungan program pembangunan bola sepak negeri dapat dilaksanakan dengan lebih efektif dan tersusun,” kongsinya.

Hadir sama ialah Pengurus Kanan Sumber Manusia dan Khidmat Korporat CIS, Ezrie Ag Raini serta Setiausaha Agung SAFA, Shamsuddin Mohd Shah.

Related Posts

1,200 jerami gulung terbakar dalam gudang MADA

JITRA – Sebuah gudang yang menyimpan kira-kira 1,200 jerami gulung dan peralatan elektrik musnah dalam kebakaran di Pertubuhan Peladang Kawasan C2 Kerpan, Kampung Tempayan Pecah di Ayer Hitam, dekat sini…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket minyak masak subsidi dijadikan minyak terpakai terbongkar

ALOR SETAR – Kegiatan seorang lelaki yang disyaki menjadikan minyak masak peket bersubsidi sebagai minyak masak terpakai terbongkar selepas sebuah premis, di sini diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik mulai 20 Ogos

RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik mulai 20 Ogos

1,200 jerami gulung terbakar dalam gudang MADA

1,200 jerami gulung terbakar dalam gudang MADA

Sindiket minyak masak subsidi dijadikan minyak terpakai terbongkar

Sindiket minyak masak subsidi dijadikan minyak terpakai terbongkar

Wanita masih menyusukan bayi dicekup positif dadah

Wanita masih menyusukan bayi dicekup positif dadah

Tiada kompromi, Selangor gesa siasatan rapi kes amang seksual guru dan pelajar

Tiada kompromi, Selangor gesa siasatan rapi kes amang seksual guru dan pelajar

Beri perhatian serius harga tiket penerbangan Sabah-Kuala Lumpur

  • By Ithma
  • August 19, 2026
Beri perhatian serius harga tiket penerbangan Sabah-Kuala Lumpur