Keperluan undang-undang pemandu mabuk diperkasa, waris harus dapat pampasan

HUKUMAN penjara semata-mata terhadap pemandu mabuk yang menyebabkan kematian dilihat tidak mencukupi dalam membela nasib waris mangsa, khususnya anak-anak yatim dan isteri yang kehilangan punca nafkah.

Penceramah terkenal, Ustaz Wadi Annuar berpandangan, golongan yang ditinggalkan memerlukan sokongan kewangan untuk meneruskan kehidupan, bukan sekadar melihat pesalah dipenjarakan.

Sehubungan itu, beliau berkata, undang-undang sedia ada perlu diperkasakan agar proses penyaluran pampasan kepada waris dapat disegerakan tanpa membebankan mereka dengan prosedur yang rumit.

“Hukuman penjara tidak mampu menyara anak yatim dan isteri yang hilang punca nafkah.

“Undang-undang perlu diperkasakan agar pampasan (diyat) sampai segera kepada waris tanpa menyusahkan mereka,” katanya menerusi hantaran di Facebook, pada Isnin.

Terdahulu, seorang penunggang motosikal maut selepas dipercayai dirempuh pemandu mabuk dalam kemalangan di Jalan Raya Barat, Klang, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey, dilaporkan berkata siasatan awal mendapati pemandu Honda City dipercayai memandu laju, memotong beberapa kenderaan sebelum memasuki laluan bertentangan dan melanggar motosikal mangsa.

Katanya, mangsa tercampak ke atas Perodua Myvi dan meninggal dunia di lokasi kejadian selain hasil ujian saringan mendapati pemandu terbabit positif alkohol dan dadah.

Jit Huey menegaskan, suspek telah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Related Posts

Bekas Ketua Hakim Negara meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Eusoff Chin meninggal dunia awal pagi tadi pada usia 90 tahun. Berita pemergian Allahyarham yang juga anak jati Batu Gajah, Perak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

KUALA LUMPUR – Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2026 bakal menjadi pemangkin baharu dalam memperluas produk tempatan menerusi gerakan Jom Beli Produk Malaysia (Jom Malaysia) ke pentas dunia. Menteri Perdagangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Cuti sementara Nurul Izzah tidak jejas PKR – Fahmi

Cuti sementara Nurul Izzah tidak jejas PKR – Fahmi

Negara Arab banyak hancur kerana ekstremis, Malaysia jangan ulang kesilapan sama – Syeikh Wazir

Negara Arab banyak hancur kerana ekstremis, Malaysia jangan ulang kesilapan sama – Syeikh Wazir

Sebelum sepenggal, PMX berjaya letak Malaysia jadi 30 ekonomi terbesar dunia

Sebelum sepenggal, PMX berjaya letak Malaysia jadi 30 ekonomi terbesar dunia

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik