KPDN berjaya kawal ketirisan petrol, diesel lebih RM32 juta sejak 2024

BUKIT KAYU HITAM – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berjaya membanteras ketirisan, penyelewengan dan penyeludupan petrol serta diesel sejak awal 2024 dengan jumlah rampasan melebihi RM32 juta sehingga 27 Mac.

Timbalan Ketua Pengarah Penguatkuasa (Operasi) KPDN, Shamsul Nizam Khalil berkata, melalui Ops Tiris 3.0 yang bermula 1 Januari 2024, sebanyak 38,615 pemeriksaan telah dijalankan.

Menurutnya, ops tersebut membabitkan 1,371 kes dengan tangkapan sebanyak 667 individu.

“Jumlah rampasan bagi pelbagai barang kawalan termasuk petrol dan diesel dalam tempoh itu adalah sebanyak RM32,086,839.88, dengan nilai keseluruhan rampasan sepanjang tempoh operasi mencapai RM146,015,771,” katanya pada hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam di sini.

Jelas Shamsul Nizam, operasi itu dilaksanakan secara kolaborasi strategik bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Menurutnya, langkah penguatkuasaan ini merangkumi pemeriksaan ketat di semua pintu sempadan, stesen minyak, pemborong serta pemantauan intensif di kawasan tumpuan bagi memastikan subsidi bahan api tidak disalahgunakan oleh individu atau sindiket.

“KPDN ingin memberikan amaran keras kepada mana-mana individu mahupun sindiket supaya tidak mengambil kesempatan dalam situasi konflik global ketika ini.

“Perbuatan menyeleweng subsidi negara adalah satu bentuk pengkhianatan kepada tanah air,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, KPDN turut memberikan amaran tegas terhadap mana-mana pihak agar tidak menyalahgunakan kad subsidi diesel atau ‘fleet card’ bagi mengaut keuntungan haram.

Menurutnya, pihaknya tidak akan berkompromi dengan individu mahupun sindiket yang melakukan kesalahan tersebut termasuk menyeludup bahan api itu ke Thailand.

“Kita akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati menyalahgunakan Program Budi MADANI RON95 (BUDI95), mahupun ‘fleet card’ ini.

“Operasi bersepadu akan dipertingkatkan bagi membanteras aktiviti ketirisan iaitu penyeludupan dan penyelewengan bahan api terutama di pintu sempadan negara,” ujarnya.

Tambah beliau, KPDN menyeru seluruh rakyat untuk menyertai gerakan KITA GEMPUR bagi membanteras ketirisan dan manipulasi bahan kawalan.

Related Posts

MCA mahu judi kembali, Pas masih pertahan penyatuan?

Oleh: Aman Muhammad ULASAN | Parti MCA mahu Menteri Besar Kedah keluarkan lessen judi semula. Disiarkan di laman rasmi MCA, kenyataan rasmi yang mendesak Menteri Besar Kedah kembalikan semula lesen…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gempa bumi 6.1 magnitud di Sulawesi Indonesia, Pantai Timur Sabah rasai gegaran

TAWAU – Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud yang berlaku di Semenanjung Minahassa Sulawesi, Indonesia pukul 12.25 pagi tadi dirasai di beberapa kawasan Pantai Timur Sabah iaitu Kunak, Lahad Datu dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MCA mahu judi kembali, Pas masih pertahan penyatuan?

MCA mahu judi kembali, Pas masih pertahan penyatuan?

Gempa bumi 6.1 magnitud di Sulawesi Indonesia, Pantai Timur Sabah rasai gegaran

  • By Fatin
  • August 16, 2026
Gempa bumi 6.1 magnitud di Sulawesi Indonesia, Pantai Timur Sabah rasai gegaran

Pemansuhan AUKU buka ruang demokrasi lebih luas kepada mahasiswa

Pemansuhan AUKU buka ruang demokrasi lebih luas kepada mahasiswa

Siri I: Budaya tabayyun benteng rakyat hadapi lambakan maklumat media sosial – Shamrahayu

Siri I: Budaya tabayyun benteng rakyat hadapi lambakan maklumat media sosial – Shamrahayu

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM