Isu 3R, diesel tidak wajar dimanipulasi pada PRK DUN Mahkota

PEMBANGKANG perlu bersikap lebih konstruktif dan progresif terhadap isu-isu semasa yang memberikan manfaat kepada rakyat dalam tempoh berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota nanti.

Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah) Muhammad Faiz Fadzil, bagaimanapun, sikap pembangkang memanipulasi sesebuah perkara akan mendorong kepada isu sensitif iaitu kaum, agama dan raja (3R) serta harga diesel yang tidak wajar dijadikan modal kempen.

“Jangan guna rakyat untuk kepentingan politik atas nama 3R, ia tidak memberikan faedah kepada mana-mana pihak. Jadi perkara itu perlu dihindari.

“Malah, isu harga diesel juga sudah tidak relevan untuk dibangkitkan kerana kerajaan sudah menyediakan insentif tunai menerusi penyelarasan bahan api itu,” katanya memetik laporan Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Bantuan Peralatan Penangkapan Ikan B40 dan Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Bot Nelayan di LKIM Kuala Besar, di sini, semalam.

PRK DUN Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos, ketika menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, di Kluang, Johor.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Hari Penamaan calon bermula esok dengan hari pengundian bagi pilihan raya itu pula jatuh pada 28 September.

Related Posts

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor dijangka memuktamadkan kerjasama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor sebelum pembentangan Belanjawan Negeri pada November depan. Menteri Besar, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
10 bekas Exco saman kerajaan negeri tak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia

SEREMBAN – Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menyifatkan tindakan 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) memfailkan saman terhadap kerajaan negeri sebagai perkara yang belum…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua lelaki ditahan, Erimin 5 bernilai RM3.3 juta dirampas

Dua lelaki ditahan, Erimin 5 bernilai RM3.3 juta dirampas

Lima lelaki ditahan, polis buru lapan lagi suspek kes khianat

Lima lelaki ditahan, polis buru lapan lagi suspek kes khianat

Ratu Suthida terbangkan jet pejuang secara solo

Ratu Suthida terbangkan jet pejuang secara solo

Abd Halim mahu SPRM kesan risiko rasuah sebelum terlambat

Abd Halim mahu SPRM kesan risiko rasuah sebelum terlambat

Diberi DNAA bukan bebas pertuduhan, 12 ahli politik boleh didakwa semula

Diberi DNAA bukan bebas pertuduhan, 12 ahli politik boleh didakwa semula

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2