SARA guna MyKad beri seribu satu manfaat kepada rakyat – Penganalisis

PELAKSANAAN Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang menggunakan MyKad dilihat memberi pelbagai manfaat kepada rakyat, khususnya dalam memastikan bantuan sampai kepada golongan sasaran secara lebih berkesan dan bermaruah.

Selain memudahkan urusan penerima, pendekatan ini turut memberi kesan positif kepada ekonomi setempat apabila peniaga kecil turut menerima tempias daripada pelaksanaan inisiatif berkenaan.

Penganalisis isu semasa, Sarfarrizmal Saad berkata, setakat awal Februari 2026, lebih 10,700 kedai menyertai rangkaian SARA, termasuk 3,000 peniaga kecil.

“Setakat awal Februari 2026, lebih 10,700 kedai menyertai rangkaian SARA. Daripada jumlah itu, 3,000 adalah peniaga kecil. Ia membawa makna wang bantuan tidak mengalir keluar ke pasar raya besar semata-mata.

“Ia berlegar dalam komuniti setempat. Kedai runcit kampung kembali hidup. Peniaga kecil mendapat pelanggan konsisten,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pendekatan bersasar yang diperkenalkan menerusi SARA juga mampu menangani isu kebocoran bantuan yang sering berlaku dalam bentuk pemberian tunai.

“Dalam keadaan ini (pendapatan tidak seiring kenaikan harga), bantuan tunai biasa sering bocor ke perkara lain. Duit habis sebelum sempat beli keperluan dapur.Di sinilah kekuatan SARA. Bantuan ini bersasar. Ia hanya boleh digunakan untuk barangan asas. Maka objektif asal bantuan itu terjaga, kekal terpelihara,” katanya.

Sarfarrizmal turut menegaskan bahawa pelaksanaan SARA menitikberatkan aspek maruah penerima, sekali gus mengurangkan stigma terhadap golongan yang menerima bantuan.

“Salah satu nilai paling penting dalam SARA ialah menjaga maruah penerima. Tiada label miskin. Tiada keperluan beratur panjang. Tiada rasa terhina.

“Semua menerima bantuan ini sebagai warganegara. Ini mengurangkan stigma sosial yang sering melekat pada bantuan kebajikan,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, penggunaan MyKad sebagai medium utama dilihat memudahkan golongan warga emas, khususnya di luar bandar yang kurang mahir dengan aplikasi digital.

“Bagi warga emas luar bandar yang tidak mahir aplikasi digital, ini satu kelebihan besar. Mereka hanya perlu ke kedai runcit terlibat dan gunakan MyKad seperti biasa. Tiada akaun e-dompet. Tiada aplikasi yang mengelirukan.

“Dengan berterus terang, dasar ini dibina atas kerangka realiti rakyat, bukan sekadar teori pejabat,” katanya.

Sarfarrizmal berkata pendekatan tersebut bukan sahaja praktikal, malah inklusif dalam memastikan tiada golongan tercicir daripada menerima manfaat bantuan.

SARA merupakan program bantuan bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan kos sara hidup tinggi dan bertujuan meningkatkan taraf ekonomi golongan rentan di bawah Belanjawan 2026.

Related Posts

PNGK STPM 2025 catat rekod tertinggi dalam sejarah

SELAYANG – Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) kebangsaan bagi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025 mencatatkan rekod tertinggi dalam sejarah apabila mencapai 2.88. Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia, Prof Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Diesel di Semenanjung turun 30 sen kepada RM4.37 seliter

PUTRAJAYA – Harga runcit diesel di Semenanjung akan dikurangkan sebanyak 30 sen kepada RM4.37 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 Jun 2026. Bagaimanapun, harga petrol RON97 dan RON95 kekal masing-masing…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia lonjak kedudukan ke-15 dalam Ranking Daya Saing Dunia 2026

Malaysia lonjak kedudukan ke-15 dalam Ranking Daya Saing Dunia 2026

98 calon STPM Pahang dapat PNGK 4.0

98 calon STPM Pahang dapat PNGK 4.0

Bekalan tenaga jangka panjang dari Rusia pastikan kestabilan pasaran domestik – PM

Bekalan tenaga jangka panjang dari Rusia pastikan kestabilan pasaran domestik – PM

Malaysia yakin perjanjian damai AS-Iran mampu redakan konflik Asia Barat

Malaysia yakin perjanjian damai AS-Iran mampu redakan konflik Asia Barat

Anwar hargai sokongan Putin, Xi terhadap usaha keamanan di Iran dan Gaza

Anwar hargai sokongan Putin, Xi terhadap usaha keamanan di Iran dan Gaza

Lebih 40 peratus calon STPM Perlis raih PNGK 3.00 ke atas

Lebih 40 peratus calon STPM Perlis raih PNGK 3.00 ke atas