Malaysia sambut Aidilfitri Sabtu 21 Mac

KUALA LUMPUR – Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Sabtu, 21 Mac 2026, bersamaan 1 Syawal 1447 Hijrah.

Perkara itu diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, hari ini.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Sabtu, 21 Mac 2026,” katanya.

Menurutnya, penetapan tarikh Hari Raya Puasa dibuat berdasarkan kaedah rukyah dan hisab yang dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja.

Dalam perkembangan sama, beberapa negara Timur Tengah termasuk Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Qatar akan menyambut Aidilfitri pada Jumaat, 20 Mac 2026.

Mahkamah Agung Arab Saudi menetapkan Khamis, 19 Mac, sebagai hari terakhir Ramadan, sekali gus menjadikan Jumaat sebagai 1 Syawal.

Istana Presiden UAE turut memaklumkan bahawa Khamis adalah hari terakhir Ramadan di negara itu.Sementara itu, Jawatankuasa Pencerapan Anak Bulan Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam Qatar mengumumkan bahawa Khamis merupakan hari ke-30 Ramadan dan Aidilfitri disambut pada Jumaat.

Related Posts

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

KUALA LUMPUR – Wanita PKR mendesak enam ahli Parlimen parti itu menghentikan segera sebarang gerakan politik yang disifatkan sebagai ‘bermain dua kolam’ atau berdepan tindakan disiplin tegas. Dalam kenyataan hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Ini bukan soal politik semata-mata

Ini bukan soal politik semata-mata

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi