Tular aksi khianat potong kabel, dua lelaki diberkas

KUCHING – Tindakan dua lelaki tempatan melakukan khianat memotong kabel yang tular di media sosial membawa padah apabila mereka ditahan polis pada malam Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, tangkapan ke atas kedua-dua suspek yang berusia dalam lingkungan 30 hingga 38 tahun itu dilakukan pada 11.30 malam.

Menurut beliau, tangkapan berkenaan dilakukan di Jalan Merdeka dan Jalan Astana, Petra Jaya.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua lelaki tersebut terlibat dalam kes khianat terhadap kabel yang tular di media sosial baru-baru ini.

“Pihak polis turut merampas tiga kenderaan iaitu Perodua Viva berwarna perak, Perodua Myvi (kelabu) dan Proton Wira (biru).

“Turut dirampas adalah beberapa peralatan yang dipercayai digunakan untuk memotong kabel,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Mengulas lanjut, Alexson memberitahu semakan mendapati kedua-dua suspek terbabit mempunyai beberapa rekod jenayah lampau.

Tambah beliau, hasil saringan ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek lelaki itu juga positif dadah.

“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 431A Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat terhadap kabel.

“Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” tegasnya.

Sementara itu, beliau menasihati orang awam supaya tidak terjebak dengan sebarang kegiatan jenayah.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan jenayah diminta tampil menyalurkannya dengan menghubungi Pusat Kawalan IPD Kuching di talian 082-244444.

Related Posts

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

IPOH – Sebanyak RM80,000 diperuntukkan bagi melaksanakan tujuh projek menerusi Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Perak Sejahtera 2030 Tahun 2026, dalam usaha memperkasa komuniti Orang Kurang Upaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

IPOH – Lima anak Perak bakal membawa nama negeri ke persada antarabangsa apabila terpilih mengikuti Program Ijazah Dual Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)–Kazakh National Agrarian Research University (KazNARU) selama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak