PGRS sasar semua kerusi Parlimen PRU16 akan datang

KOTA KINABALU – Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) memberi bayangan jelas untuk bertanding di semua kerusi Parlimen di negeri ini pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang sebagai langkah memperkukuh pengaruh politiknya di peringkat nasional.

Ketua Penerangan PGRS, Nizam Abu Bakar Titingan berkata, pendekatan itu merupakan sebahagian daripada pelan penstrukturan semula parti yang sedang dirangka bagi memastikan jentera lebih tersusun dan bersedia menghadapi pilihan raya.

“Kalau sebelum ini kita lebih fokus kepada bahagian DUN, kali ini kita akan kembali kepada bahagian Parlimen yang merangkumi beberapa kawasan DUN.

“Penstrukturan tersebut akan menyaksikan PGRS kembali kepada pembahagian berasaskan Parlimen berbanding Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum ini, melibatkan kira-kira 25 hingga 26 bahagian termasuk Labuan.

“Langkah ini penting untuk memperkemaskan gerak kerja parti dan memastikan kita lebih bersedia serta berdaya saing dalam menghadapi PRU,” katanya semasa sidang media pada Majlis Berbuka Puasa Bersama-sama Media anjuran Biro Penerangan PGRS, di sini, pada hari Selasa.

Mengulas lanjut, Nizam berkata, cadangan tersebut telah dibincangkan di peringkat Majlis Tertinggi parti dan dijangka dimuktamadkan melalui Perhimpunan Agung Khas yang akan diadakan dalam masa terdekat.

“Kita bersetuju untuk menyusun semula struktur Parti Gagasan Rakyat Sabah atas tujuan untuk memperkemaskan dan mengukuhkan lagi parti ini sebagai tunjang kepada kerajaan perpaduan yang ada di Sabah dan mudah-mudahan perstukuran ini akan memberi banyak kebaikan dalam perjuangan untuk membela rakyat.

“Ini adalah way forward untuk GRS dan ia akan lebih memudahkan kita untuk melakukan aktiviti-aktiviti di peringkat parti dan sudah pasti bila parti kita berjalan dengan lancar, ia menjadi satu komplement kepada kerajaan yang memerintah pada hari ini.

“Apabila parti bergerak dengan lebih teratur dan lancar, ia akan menjadi pelengkap kepada kerajaan. Ini penting bagi memastikan segala agenda pembangunan negeri dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan,” ujarnya.

Related Posts

PH dan rakyat Johor sentiasa bersedia – AMANAH

PUTERI WANGSA – Keputusan Barisan Nasional (BN) Johor membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) lebih awal daripada tempoh sepatutnya disifatkan sebagai langkah politik yang tersilap dan tidak berpaksikan kepentingan rakyat. Naib…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

PENGLIBATAN beberapa tokoh politik dalam kemelut membabitkan institusi diraja Negeri Sembilan didakwa hanya memburukkan lagi keadaan dan berisiko menjejaskan kemuliaan institusi Raja serta Undang di negeri berkenaan. Pemerhati politik, Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dadah RM57 juta cuba diseludup ke negara jiran gagal, dua ditahan

Dadah RM57 juta cuba diseludup ke negara jiran gagal, dua ditahan

Lelaki positif dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

Lelaki positif dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

Rangau Valley bakal jadi pemangkin pembangunan baharu Limbang

Rangau Valley bakal jadi pemangkin pembangunan baharu Limbang

PH dan rakyat Johor sentiasa bersedia – AMANAH

PH dan rakyat Johor sentiasa bersedia – AMANAH

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing

Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing