Empat rumah musnah hampir 100 peratus dalam kebakaran Kuala Perlis

KUALA PERLIS – Empat buah rumah musnah hampir sepenuhnya dalam kebakaran yang melibatkan lima kediaman di Kampung Pulau Ketam di sini tengah hari tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis, Penguasa Bomba Nurul Najwa Ahmad Nizam berkata, kebakaran itu melibatkan rumah kelas B dengan tahap kemusnahan yang tinggi.

“Empat rumah terbakar sehingga 99 peratus manakala sebuah lagi mengalami kerosakan kira-kira 30 peratus.

“Kebakaran melibatkan tiga rumah berkeluasan kira-kira 232 meter persegi dan dua rumah lagi berkeluasan kira-kira 325 meter persegi,” katanya.

Tambahnya, kedudukan rumah yang rapat, tiupan angin kencang menyebabkan api cepat merebak selain sumber air yangbergantung sepenuhnya kepada jentera menjadi cabaran kepada pasukan penyelamat.

Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.50 tengah hari sebelum tiba di lokasi kira-kira lapan minit kemudian.

Katanya, operasi pemadaman menggunakan dua aliran sepanjang 61 meter dengan tiga pancutan air serta bantuan jentera tanker.

“Operasi turut dibantu oleh pasukan bomba sukarela Kuala Perlis, Simpang Empat dan Kodiang,” katanya.

Tambah beliau, kebakaran berjaya dikawal pada pukul 1.27 tengah hari dan tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut.

Punca kejadian dan jumlah kerugian sebenar masih lagi dalam siasatan.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

MIRI – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menyeru orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran spekulasi berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, khususnya yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula