Gelanggang futsal Sungai Bilis terima naik taraf RM175,000

SADONG JAYA – Sambutan Ramadan buat penduduk Kampung Sungai Bilis tahun ini lebih bermakna apabila menerima khabar gembira kelulusan projek naik taraf kemudahan sukan serta penyampaian sumbangan tunai menjelang Aidilfitri.

Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee berkata, permohonan untuk menaik taraf gelanggang futsal Kampung Sungai Bilis telah diluluskan di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan peruntukan sebanyak RM175,000.

Menurutnya, Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) telah dipertanggungjawabkan sebagai agensi pelaksana bagi projek berkenaan.

“Pihak MPKS kini sedang menguruskan Senarai Kuantiti (BQ) bagi projek ini, yang merangkumi skop penyediaan pagar, permukaan padang dan sistem perparitan.

“Saya akan terus bekerjasama rapat dengan pihak MPKS supaya pelaksanaannya dapat dipercepatkan demi kemudahan dan manfaat masyarakat, khususnya golongan belia di kampung ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Lan Berame Sungke dan Tarawih N24 Sadong Jaya di Surau Darul Ehsan, Kampung Sungai Bilis pada Isnin.

Program berbuka puasa dan tarawih itu dianjurkan oleh Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (Pembangunan Infrastruktur) Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya, Datuk Ir Aidel Lariwoo.

Pada majlis yang sama, Rodiyah turut menyantuni golongan yang memerlukan dengan menyampaikan sumbangan bantuan tunai berjumlah RM5,000 kepada 25 orang penerima daripada Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK).

“Saya berharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban penerima, khususnya dalam membuat persiapan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri,” ujarnya.

Menghayati keberkatan Ramadan, beliau turut merakamkan penghargaan kepada jawatankuasa surau, kaum ibu dan golongan belia yang bergotong-royong menyediakan juadah berbuka, sekali gus memperkukuh ukhuwah dalam kalangan penduduk kampung.

Turut hadir, Pegawai Tadbir Menguasa Pejabat Daerah Kecil Sadong Jaya, Ustaz Abdullah Sam Yusup; Pemanca Daerah Asajaya, Pemanca Salleh Kamis; Penghulu Daerah Kecil Sadong Jaya, Penghulu Saini Busamah; Ketua Kampung Sungai Bilis, Mohamad Napri dan Pengerusi Surau Darul Ehsan, Wahid Okaili.

Related Posts

90 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Papar, manfaatkan nelayan setempat

PAPAR – Sebanyak 90 unit tukun tiruan dilabuhkan di perairan ini, bagi menyediakan habitat hidupan laut dan mewujudkan kawasan tangkapan yang lebih produktif untuk nelayan setempat. Ahli Parlimen Papar, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
CIS digesa tetap garis masa pulih bekalan simen di Sabah

KOTA KINABALU – Cement Industries Sabah (CIS) digesa menetapkan garis masa yang jelas bagi memulihkan bekalan simen di seluruh Sabah susulan kekurangan bahan itu yang terus menjejaskan projek pembinaan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar