Perak tunggu keputusan Persekutuan mengenai cadangan WFH penjawat awam

IPOH – Kerajaan Negeri Perak akan menunggu hasil kajian di peringkat Persekutuan sebelum mempertimbangkan pelaksanaan kaedah bekerja dari rumah (WFH) bagi penjawat awam negeri susulan kesan konflik di Asia Barat.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, sebarang keputusan perlu selaras antara kerajaan negeri dan Persekutuan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat tidak terjejas.

Menurutnya, kerajaan negeri menunggu hasil penelitian yang sedang dilakukan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebelum membuat sebarang keputusan berkaitan cadangan tersebut.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program MESRA Hari Bertemu Pelanggan (HBP) Kerajaan Negeri Perak 2026 di Stadium Indera Mulia, di sini, pada Isnin.

Mengulas lanjut, Saarani berkata, pelaksanaan WFH yang dicadangkan berkemungkinan berbeza dengan situasi semasa pandemik COVID-19 yang dilaksanakan atas faktor keselamatan kesihatan awam.

Katanya, cadangan kali ini lebih berkait dengan faktor ekonomi, justeru kesesuaian serta keberkesanan pelaksanaannya perlu diteliti terlebih dahulu.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan kerajaan negeri turut mengambil langkah berjimat cermat dalam perbelanjaan, namun tidak mahu tindakan drastik seperti membatalkan majlis rasmi kerana boleh menjejaskan pendapatan peniaga kecil dan pengusaha katering.

Sehubungan itu, Pejabat Kewangan Negeri telah mengarahkan agensi serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) supaya mengamalkan perbelanjaan berhemah dan menganjurkan program secara sederhana tanpa menjejaskan aktiviti ekonomi setempat.

Related Posts

12 Inisiatif Hari Guru: KGBS puji komitmen KPM, sedia jalin kerjasama

KUCHING – Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atas pengumuman 12 Inisiatif Hari Guru yang dilihat sebagai langkah membela nasib warga pendidik. Presidennya,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Remaja 19 tahun didakwa seleweng 3,455 liter diesel tanpa permit

SEBERANG PERAI – Seorang remaja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth di sini hari ini terhadap pertuduhan memiliki lebih 3,000 liter diesel tanpa lesen, minggu lalu. M. Thiinesh, 19, bagaimanapun…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

12 Inisiatif Hari Guru: KGBS puji komitmen KPM, sedia jalin kerjasama

12 Inisiatif Hari Guru: KGBS puji komitmen KPM, sedia jalin kerjasama

Remaja 19 tahun didakwa seleweng 3,455 liter diesel tanpa permit

Remaja 19 tahun didakwa seleweng 3,455 liter diesel tanpa permit

Peluang terakhir BN: PH Johor sedia tanding semua kerusi jika rundingan gagal

Peluang terakhir BN: PH Johor sedia tanding semua kerusi jika rundingan gagal

Tindakan lepas kerusi Parlimen perlu ambil kira suara pengundi

Tindakan lepas kerusi Parlimen perlu ambil kira suara pengundi

Hubungan Malaysia-India terus diperkasa demi manfaat bersama

Hubungan Malaysia-India terus diperkasa demi manfaat bersama

RUU pengasingan peranan AG, pendakwa raya dijangka dibawa ke Parlimen Jun ini

RUU pengasingan peranan AG, pendakwa raya dijangka dibawa ke Parlimen Jun ini