Ihya Ramadan: Sup cendawan tradisi eratkan silaturahim komuniti

KUCHING – Seramai 500 penduduk Kampung Tabuan Hj Drahman di Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut ceria apabila menerima agihan sup cendawan tradisi sebagai juadah berbuka puasa pada Ahad.

Sumbangan tersebut merupakan inisiatif Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii yang dikongsikan melalui wakil beliau, Wong King Yii.

Sebanyak 500 bekas sup berkenaan disediakan dan diedarkan secara gotong-royong oleh ahli Kelab Sukan dan Rekreasi Foochianz (Foochianz Brotherhood) bersempena dengan program Ihya Ramadan edisi keenam penganjuran kelab tersebut.

Selain menjadi pelengkap hidangan berbuka puasa, inisiatif berkenaan turut membuka ruang yang baik dalam merapatkan silaturahim antara pihak wakil rakyat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti setempat, khususnya golongan belia.

Presiden Foochianz Brotherhood, Mahudin Hood berkata, kelancaran dan kejayaan program tersebut adalah hasil sokongan serta keprihatinan Dr Kelvin Yii terhadap keperluan komuniti kecil di kawasan berkenaan.

“Kami amat berterima kasih kepada beliau (Dr Kelvin Yii) kerana menjayakan program ini. Walaupun nampak kecil, sumbangan ini memberi makna yang cukup besar buat penduduk di sini.

“Usaha beliau membantu menyantuni komuniti membolehkan kami berkongsi rezeki sup tradisi ini bersama penduduk. Melihat ukiran senyuman di wajah mereka adalah satu kepuasan yang paling besar buat kami,” katanya.

Tambah beliau, program kemasyarakatan itu jelas menterjemahkan nilai kebersamaan dan kepedulian yang tinggi terhadap komuniti setempat, terutamanya dalam menyemarakkan keberkatan bulan Ramadan.

Penduduk setempat turut meluahkan harapan agar lebih banyak inisiatif berbentuk kebajikan seperti itu dapat diteruskan secara berterusan pada masa akan datang.

Related Posts

Selangor tegas tidak lulus pusat data jika bekalan air, tenaga tidak mencukupi

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor tidak akan meluluskan pembangunan pusat data baharu di kawasan yang tidak mempunyai kapasiti bekalan air dan tenaga mencukupi bagi menampung keperluan industri berkenaan. Menteri Besar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM4.08 juta dadah, ketum dilupus, 12,916 pesalah ditahan – Polis Perak

IPOH – Lebih RM4.08 juta nilai barang kes membabitkan pelbagai jenis dadah dan ketum dilupuskan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak selepas kira-kira 5,000 kertas siasatan berkaitan kes berkenaan selesai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selangor tegas tidak lulus pusat data jika bekalan air, tenaga tidak mencukupi

Selangor tegas tidak lulus pusat data jika bekalan air, tenaga tidak mencukupi

RM4.08 juta dadah, ketum dilupus, 12,916 pesalah ditahan – Polis Perak

RM4.08 juta dadah, ketum dilupus, 12,916 pesalah ditahan – Polis Perak

SACC dijenama semula sebagai SITC, pacu Shah Alam jadi hab perdagangan

SACC dijenama semula sebagai SITC, pacu Shah Alam jadi hab perdagangan

Pemegang MyKad berpeluang dapat tiket F1 GP Bahrain serendah RM200

Pemegang MyKad berpeluang dapat tiket F1 GP Bahrain serendah RM200

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?