Kempen Sebarkan Salam perlu disahut setiap agensi kerajaan

PUTRAJAYA – Kesemua 141 buah agensi kerajaan diseru mengambil perhatian serius terhadap kempen Sebarkan Salam seperti yang diunjurkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan.

Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil berkata, kempen itu mampu membawa kepada penyatuan rakyat yang mempunyai pelbagai kaum dan bangsa kepada agenda besar negara.

Menurutnya, ia boleh menjadikan golongan yang bergaduh duduk berbincang dan membina hubungan yang baik.

“Pertamanya, salam mempunyai pelbagai makna di antaranya adalah menyebarkan kalimah salam dengan lafaz assalamualaikum sebagai satu konsep the power of words yang akan menjadikan minda masyarakat sentiasa terkesan dengan kalimah yang baik.

“Keduanya ialah menyebarkan risalah keamanan dengan menyebarkan risalah damai, kasih sayang sehingga masyarakat tidak akan takut sesama mereka.

“Amalan ini akan membawa kepada mencapai maqasid hifzil al amni yang merupakan antara maqasid terbesar di dalam Syariah. Ayuh kita sama-sama gerakan risalah ini!” katanya menerusi kenyataan, pada Isnin.

Pada Ahad, ketika berucap pada program Simfoni Ramadan: Sebarkan Salam di Kota Kinabalu, Sabah, Zulkifli berkata, kempen tersebut digerakkan dengan pendekatan rahmah dan kasih sayang.

Menurut beliau, tema Sebarkan Salam itu bukan dibuat-buat atau sengaja direka, sebaliknya mengambil inspirasi daripada mesej yang disampaikan dalam peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah. 

Related Posts

MyCC perkukuh perlindungan, ganjaran pemberi maklumat bongkar kartel

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) akan memperkukuh perlindungan serta menyediakan ganjaran kepada pemberi maklumat yang tampil mendedahkan kegiatan kartel dan amalan penipuan bidaan susulan pindaan Akta Persaingan 2010…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemergian Tun Dr Siti Hasmah turut dirasai seluruh warga PDRM

KANGAR – Pemergian Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pagi ini turut dirasai seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menyifatkannya sebagai kehilangan seorang tokoh wanita negara. Ketua Polis Negara,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perancis, Itali atasi lawan dalam saingan Liga UEFA

Perancis, Itali atasi lawan dalam saingan Liga UEFA

MyCC perkukuh perlindungan, ganjaran pemberi maklumat bongkar kartel

MyCC perkukuh perlindungan, ganjaran pemberi maklumat bongkar kartel

Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

  • By Fatin
  • September 28, 2026
Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3

SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3

Anwar, Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Tun Dr Siti Hasmah

Anwar, Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Tun Dr Siti Hasmah

Langgar syarat lesen, sebuah vesel serta tiga kru Myanmar ditahan

Langgar syarat lesen, sebuah vesel serta tiga kru Myanmar ditahan