VM2026: Sarawak tawar pengalaman homestay dan Kampungstay

MIRI — Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengorak langkah proaktif memperkukuh kerjasama strategik bersama pemain industri pelancongan Sarawak sebagai persediaan memacu kejayaan Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

Timbalan Menteri, Chiew Choon Man berkata, sesi libat urus yang diadakan menjadi platform dua hala yang penting untuk bertukar pandangan serta menyelaras hala tuju antara kerajaan dan pemegang taruh di negeri ini.

Menurutnya, penglibatan pelbagai pihak membuktikan komitmen jitu bersama dalam memelihara serta mempromosikan identiti warisan budaya Sarawak ke persada antarabangsa.

“Tahun 2026 adalah tahun yang amat penting bagi industri pelancongan negara. Kejayaan VM2026 menuntut kerjasama erat antara kerajaan, sektor swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) termasuk pengusaha hotel, ejen pelancongan, syarikat penerbangan dan komuniti setempat.

“Hala tuju Dasar Pelancongan Negara kini memfokuskan kepada usaha menarik pelawat berkualiti yang tinggal lebih lama dan berbelanja lebih tinggi.

“Justeru, pembangunan pelancongan berasaskan pengalaman (experiential tourism) dan Pelancongan Berasaskan Komuniti (CBT) amat ditekankan bagi menawarkan nilai tambah kepada pelancong,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada sesi libat urus bersama pemain industri pelancongan, seni dan budaya Sarawak di Meritz Hotel pada Isnin.

Tambah Ahli Parlimen Miri itu, kerajaan turut menyediakan pelbagai inisiatif sokongan kepada pemain industri, termasuk pengecualian cukai dan geran sepadan seperti GAMELAN, GSSK, GSSP, dan GSPC merangkumi pelbagai sektor, selain menawarkan Kursus Mesra Malaysia.

Menyentuh mengenai perkembangan pelancongan di Sarawak, Choon Man mendedahkan sektor Program Pengalaman Homestay Malaysia dan Kampungstay di negeri ini menunjukkan prestasi yang amat memberangsangkan.

Setakat ini, Sarawak merekodkan 74 kluster Homestay berdaftar membabitkan 924 pengusaha dan 1,902 bilik, selain empat kluster Kampungstay yang melibatkan tujuh pengusaha.

“Jumlah pendapatan pengusaha inap desa ini meningkat sebanyak 37 peratus, iaitu daripada RM6.7 juta pada tahun 2024 kepada RM9.2 juta pada tahun 2025,” jelasnya.

Lonjakan itu disokong oleh peningkatan pelawat domestik kepada 65,892 orang dan antarabangsa seramai 3,832 orang pada tahun 2025, berbanding tahun sebelumnya (52,927 domestik; 3,046 antarabangsa).

Dalam pada itu, beliau memaklumkan sebanyak 21 Projek Pemulihan, Pemuliharaan, Ubah Suai dan Naik Taraf (PPUN) bernilai RM4.6 juta telah disalurkan kepada Kerajaan Negeri Sarawak termasuk pihak berkuasa tempatan bagi tempoh 2024 hingga 2025.

“Bagi tahun 2026 pula, Pejabat MOTAC Sarawak telah menerima 23 permohonan baharu projek PPUN daripada Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP).

“Selain itu, sejumlah RM47 juta untuk sembilan projek yang diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) hingga RMK13 turut disalurkan kepada Sarawak bagi pembangunan fasiliti pelancongan,” ujarnya.

Beliau berharap komunikasi terbuka dan libat urus berterusan antara MOTAC, Tourism Malaysia dan industri dapat diteruskan bagi memastikan kualiti perkhidmatan dan promosi negara kekal berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Related Posts

Gerakan koperasi Pahang rekod perolehan RM1.13 bilion

KUANTAN – Gerakan koperasi di Pahang mencatat perolehan RM1.13 bilion tahun lalu, meningkat 15 peratus berbanding 2024, manakala jumlah aset keseluruhan kini melebihi RM1.73 bilion. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Selangor tegas tidak lulus pusat data jika bekalan air, tenaga tidak mencukupi

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor tidak akan meluluskan pembangunan pusat data baharu di kawasan yang tidak mempunyai kapasiti bekalan air dan tenaga mencukupi bagi menampung keperluan industri berkenaan. Menteri Besar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gerakan koperasi Pahang rekod perolehan RM1.13 bilion

Gerakan koperasi Pahang rekod perolehan RM1.13 bilion

Selangor tegas tidak lulus pusat data jika bekalan air, tenaga tidak mencukupi

Selangor tegas tidak lulus pusat data jika bekalan air, tenaga tidak mencukupi

RM4.08 juta dadah, ketum dilupus, 12,916 pesalah ditahan – Polis Perak

RM4.08 juta dadah, ketum dilupus, 12,916 pesalah ditahan – Polis Perak

SACC dijenama semula sebagai SITC, pacu Shah Alam jadi hab perdagangan

SACC dijenama semula sebagai SITC, pacu Shah Alam jadi hab perdagangan

Pemegang MyKad berpeluang dapat tiket F1 GP Bahrain serendah RM200

Pemegang MyKad berpeluang dapat tiket F1 GP Bahrain serendah RM200

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin